Harian Metro

Rampas 6kg syabu bernilai RM216,000

-

Tawau: Penahanan dua lelaki disyaki ahli sindiket pengedaran dadah membawa kepada rampasan enam kilogram syabu dianggarka­n berjumlah RM216,000 dalam serbuan di Bandar Sri Indah, dekat sini, Selasa lalu.

Serbuan dilakukan jam 3.55 petang ketika kedua-dua suspek berusia 30 dan 40 tahun berkenaan ditahan ketika sedang melakukan transaksi dadah di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin berkata, pihak polis merampas satu kotak polisterin mengandung­i enam bungkusan di dalamnya mengandung­i dadah disyaki syabu.

“Siasatan polis mendapati kedua-dua suspek yang juga ahli sindiket yang bergiat aktif membawa masuk dadah berkenaan untuk dijual dan dipasarkan di daerah ini.

“Saringan ujian air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphet­amine, manakala suspek lain negatif dadah.

“Seorang daripada suspek berkenaan juga didapati mempunyai rekod lampau membabitka­n dadah dan mereka direman selama tujuh hari sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kejayaan operasi berkenaan sekali gus membongkar satu lagi sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar daerah ini.

 ?? ?? JASMIN (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu yang dirampas, minggu lalu.
JASMIN (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu yang dirampas, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia