Harian Metro

Banding harga baru beli

KPDNHEP hanya terima satu aduan peniaga durian tidak pamer tanda harga

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya menerima satu aduan mengenai peniaga durian tidak mempamerka­n tanda harga jualan raja buah itu, tahun ini.

Pengarah

Penguatkua­sa KPDNHEP Azman Adam berkata, aduan bagi kesalahan itu tahun lalu juga hanya satu manakala 2020 (10 aduan), 2019 (dua aduan) dan 2018 (enam aduan).

Beliau berkata, aduan pelbagai mengenai durian seperti kualiti, timbang dan sebagainya pula adalah sembilan pada 2022 setakat kelmarin manakala bagi 2021 (84 aduan) dan 2020 (78 aduan).

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga mengikut Peraturan 2, Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmat­an) 2020, boleh didenda bagi orang perseorang­an tidak melebihi RM50,000 manakala pertubuhan perbadanan tidak melebihi RM100,000.

“Bagi kesalahan gagal menentusah­kan alat timbang sukat di bawah Seksyen 14 (6) Akta Timbang dan Sukat 1972 pula boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menasihatk­an pengguna membuat pilihan sebelum membeli dan sebaik-baiknya buat perbanding­an harga.

Peniaga durian, Baderi Meli, 34, yang berniaga di Jalan Sentul Pasar di sini, berkata, beliau meletakkan tanda harga perkilogra­m (kg) bukan sahaja kerana mengikuti peraturan malah memudahkan pelanggan membuat pilihan.

“Umumnya harga durian berubah-ubah. Sekarang banyak durian dari Johor.

“Seawal Subuh, saya ambil dari pemborong di Tangkak dan bawa ke sini untuk berniaga,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini musim durian luruh berlaku di Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Penggemar durian, Dalmide Kaur, 68, berkata, dia tidak terlalu kisah dengan harga durian sebab hanya mahu menikmati sedikit dan itu pun bila teringin.

Lagipun, katanya, sebagai pelanggan, dia boleh memilih durian mengikut kemampuan.

“Memang setiap musim durian saya akan cari dan pernah ke Mantin, Negeri Sembilan.

“Berbalik pasal harga, pembeli boleh tanya penjual. Lagipun memang ada tanda harga,” kata suri rumah itu yang membeli durian dengan ditemani anaknya Jespreet Kaur, 32.

Jurutera perkilanga­n, Chin Lap Sin, 40, berkata, dia tetap melihat harga sebelum membeli durian.

Katanya, pilihan untuk mengetahui harga durian juga mudah didapati termasuk menerusi Facebook.

“Jika harga durian bergred dijual sekitar RM20 sekilogram, okay dah.

“Semalam saya ada makan durian yang saya beli murah berharga RM50 selonggok empat biji di pasar malam di tempat tinggal saya di Puchong.

“Apabila bawa balik rumah, ada yang rasa masam. Sebab itu hari ini saya beli durian IOI, udang merah dan durian kahwin, siap buka dan hanya bawa balik isi.

“Puas hati, yang penting ada bajet kita beli, jika rasa mahal kita pergi tempat lain sebab ramai peniaga jual durian ketika ini,” katanya.

“Jika rasa mahal kita pergi tempat lain sebab ramai peniaga jual durian ketika ini Chin Lap Sin

 ?? ?? BADERI menimbang durian yang dibeli Dalmide (kiri) di Jalan Pasar Sentul, Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
BADERI menimbang durian yang dibeli Dalmide (kiri) di Jalan Pasar Sentul, Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia