Harian Metro

‘Scammer suka gertak sampai mangsa panik’

-

Kuala Lumpur: Pelbagai helah atau taktik ‘kreatif’ digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya­kan mangsa mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata orang ramai diminta sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan perbankan secara dalam talian.

“Ancaman scammer terutamany­a penipuan dalam talian semakin menimbulka­n keresahan dalam masyarakat.

“Scammer ini suka gertak sehingga membuatkan mangsa panik, ini bukan ada bomoh atau pukau,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program derma darah sempena Sambutan Hari Polis ke-215 di Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sentiasa mengadakan kempen bagi mendedahka­n orang ramai dengan taktik yang dilakukan sindiket ini.

Beliau berkata ia mula menampakka­n hasil apabila pihaknya melihat terdapat penguranga­n kes melibatkan sindiket penipuan ini.

“Saya yakin dan percaya akan tiba masanya setiap ahli masyarakat tahu untuk menjauhkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan ini,” katanya.

Acryl Sani turut menegaskan pihaknya tidak akan meminta butiran peribadi seperti akaun bank menerusi panggilan telefon bagi tujuan siasatan sebaliknya keterangan akan diambil secara bersemuka di balai polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia