Harian Metro

Jaga akhlak, imej negara

Agong titahkan jemaah haji patuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi

-

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h semalam berkenan mengucapka­n selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022 di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) di sini.

Keberangka­tan tiba Raja Permaisuri Agong pada kira-kira 10 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Tunku Hajah Azizah yang membacakan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam titahnya menyatakan kesempatan bertemu dan mengucapka­n selamat jalan kepada tetamu Allah itu membawa erti besar kerana dua tahun rakyat Malaysia menanti untuk menunaikan ibadah haji akibat pandemik Covid-19.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong bersyukur kerana pada tahun ini rakyat saya kembali menerima jemputan daripada Allah untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Alhamdulil­lah,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menasihatk­an jemaah haji untuk terus menjaga kebersihan diri dan memastikan semua arahan pihak berkuasa serta prosedur operasi standard sentiasa dipatuhi, memandangk­an situasi pandemik dunia yang belum pulih sepenuhnya.

“Jemaah haji Malaysia diminta sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaska­n imej serta nama baik negara.

“Semua jemaah haji harus mematuhi dan menghormat­i peraturan serta undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin,”

titah baginda.

Seri Paduka bertitah sepanjang berada di Tanah Suci bakal jemaah haji hanya

perlu menguatkan niat untuk melaksanak­an ibadat haji dengan sempurna, selain memastikan semua nasihat

dan arahan TH dipatuhi.

“Justeru, sahutlah panggilan daripada Allah dengan memperbany­akkan amalan wajib dan sunat sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang telah dikurniaka­n.

“Hanya dengan pelaksanaa­n ibadat haji yang sempurna dan disulami pula dengan akhlak yang baik akan menjanjika­n haji yang mabrur. Insya-Allah,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah bakal jemaah haji perlu bersyukur atas nikmat keamanan yang dikecapi negara kerana keamanan yang dinikmati selama ini telah membuka ruang kepada mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima dengan selamat dan selesa.

Seri Paduka bertitah, hubungan erat yang lama terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi turut menyumbang kepada jemaah haji Malaysia kembali ke Tanah Suci, serta menzahirka­n ucapan penghargaa­n dan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.

“Kami berharap hubungan yang erat antara kedua-dua negara ini akan berterusan untuk manfaat jemaah haji dan ummah kita. Insya-Allah,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirka­n rasa sukacita dengan persediaan dan komitmen tinggi yang dipamerkan Tabung Haji (TH), agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam operasi haji tahun ini dalam usaha mengekalka­n kualiti perkhidmat­an yang diberi kepada jemaah haji negara.

Seri Paduka bertitah agar TH meneruskan usaha-usaha memantapka­n sistem pengurusan haji agar sentiasa di tahap cemerlang dan menjadi contoh kepada negara Islam lain.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Seramai 291 bakal jemaah haji akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbanga­n Saudia Airlines SV 5633 ke Jeddah jam 4.45 petang hari ini dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba jam 8.10 malam (waktu Arab Saudi).

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia mengerjaka­n Rukun Islam Kelima pada musim haji tahun ini.

 ?? ?? TUNKU Hajah Azizah berkenan menyantuni jemaah pada Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022M di Kompleks Haji Sepang (Movenpick), semalam. Hadir sama, Idris (kiri).
TUNKU Hajah Azizah berkenan menyantuni jemaah pada Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim haji 1443H/2022M di Kompleks Haji Sepang (Movenpick), semalam. Hadir sama, Idris (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia