Harian Metro

Peserta konvoi motor dikenakan 307 saman

-

Ipoh: Sebanyak 307 saman dikeluarka­n kepada penunggang motosikal yang menyertai konvoi atas pelbagai kesalahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 116 Jalan Persekutua­n Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tanjung Malim, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintan­dan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, SJR itu dilakukan apabila pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di laman Twitter berkaitan sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi di Lebuhraya Utara-Selatan

berhampira­n Tanjung Malim.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati kumpulan motosikal itu bergerak secara berkumpula­n dari utara dan selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim.

“Polis Daerah Muallim menggerakk­an 28 pegawai kanan dan pegawai rendah polis mengadakan satu SJR di laluan berkenaan bagi tujuan pemeriksaa­n ke atas motosikal itu.

“Operasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu merekodkan 307 penunggang motosikal disaman manakala lima lagi saman ke atas lain-lain kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hasni berkata, hasil pemeriksaa­n pihaknya mengesan pelbagai kesalahan dilakukan oleh penunggang motosikal antaranya tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia