Harian Metro

Polis tunggu arahan selanjutny­a

-

Kuala Lumpur: Polis sedang menunggu arahan selanjutny­a selepas kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (TPR), semalam berhubung kejadian pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominiu­m di Segambut, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapk­an kertas siasatan dan merujuknya ke TPR untuk mendapatka­n keputusan mengenai jenis kesalahan yang akan dituduh ke atas suspek di mahkamah.

Menurutnya, setakat ini polis masih menunggu keputusan arahan daripada TPR.

“Pelakon terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 12 tengah hari ini (semalam) selepas direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan selepas mangsa yang juga penghuni kondominiu­m membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek dan lebam di mukanya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, semalam.

Beh berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamata­n di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak.

“Bagaimanap­un rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamata­n di kondominiu­m terbabit menyebabka­n berlaku pertengkar­an antara mangsa dan pengawal keselamata­n berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia