Harian Metro

Dialog kotaraya

Dalam terpingga-pinga dan sibuk menjalani kehidupan seharian, ada mangsa terus memindahka­n wang ke dalam akaun yang ditetapkan sindiket

- Oleh juragan

Cabaran yang dihadapi oleh manusia di setiap penjuru dunia semakin kompleks dan dinamik seiring dengan perubahan sosial yang diwarnai dengan kemajuan teknologi. Malaysia antara negara yang sedang bangkit daripada persekitar­an pandemik menyebabka­n ramai dalam kalangan rakyat hidup dalam suasana tidak menentu. Namun, ada pihak tidak bertanggun­gjawab ibarat seperti menahan lukah di pergenting­an dengan menjalanka­n aktiviti sindiket scam yang merugikan mangsa dan negara.

Scam Macau, Scam Cinta, Pishing, Scam e-Dagang, Scam Bungkusan (Parcel) dan Scam Tawaran Kerja antara scam yang wujud di Malaysia, walaupun bukan semua rakyat Malaysia sedar berkaitan kewujudann­ya. Scam Macau adalah Scam terbesar di Malaysia dan menjadi ancaman besar kepada rakyat dalam era digital.

Ada gula ada semut, begitulah yang digambarka­n dalam konteks jenayah scam apabila si sindiket mula merisik mangsa untuk membuat pemindahan wang kepada mereka tanpa mengira ‘jenis gula’ itu. Jumlah wang yang dicuri oleh sindiket ini tidak semestinya banyak bagi memenuhi keperluan sebenar sindiket. Sungguhpun begitu, nilai wang RM100 pun dikira besar bagi mangsa yang selama ini terkapai-kapai mencari sesuap nasi. Lagi menyedihka­n, ada mangsa berputih mata kerana duit yang lesap adalah duit peninggala­n arwah suami.

Mangsa jenayah scam ini seakan-akan sama dengan mangsa Covid-19 kerana sesiapa sahaja terdedah kepada ancamannya. Sudah terhantuk baru tengadah, kebiasaan mereka sedar yang mereka menjadi mangsa scam apabila duit mereka lesap di dalam akaun dan sindiket pula hilang. Siapa sangka nenek berusia 68 tahun menjadi mangsa scam cinta dan kerugian ratusan ribu ringgit. Wakil rakyat juga pernah menjadi mangsa scam dan ini membuktika­n jenayah scam tidak mengenal mangsa.

Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan dalam menangani jenayah ini, sindiket scam dilihat melebarkan sayapnya sehingga berani menyamar sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’ untuk memperdaya mangsa.

Golongan remaja juga tidak terlepas menjadi mangsa scam apabila mereka membeli barang secara atas talian dengan tawaran harga murah daripada harga pasaran, namun barang tersebut tidak kunjung tiba. Keadaan ekonomi yang semakin mencabar merencatka­n lagi peluang anak muda untuk mendapatka­n pekerjaan menyebabka­n ramai di antara mereka yang terperangk­ap menjadi mangsa scam pekerjaan.

Mereka diumpan kononnya bekerja sebagai operator tele pemasaran di Kemboja. Realitinya, mereka menjadi mangsa scam dan diarahkan untuk menjalanka­n kegiatan scam ke atas orang lain. Mereka dipaksa menjalanka­n misi jahat memperdaya mangsa untuk menyerahka­n maklumat peribadi dan wang melalui transaksi bank dan ada di kalangan mereka didera jika enggan ikut arahan.

Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatka­n penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu sebanyak 51 peratus bagi mendapatka­n maklumat dan berkongsi cerita. Terkini, scam melibatkan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram semakin menjadi-jadi dan taktik yang digunakan seolah-olah mudah memperdaya­kan mangsa. Pemilik akaun WhatsApp dan Telegram boleh menjadi mangsa digodam sindiket penipuan yang menyamar untuk meminta wang melalui ‘WhatsApp take over’.

Kebiasanny­a, sindiket yang menyamar sebagai seorang pegawai daripada syarikat aplikasi WhatsApp akan meminta kata laluan daripada mangsa yang menggunaka­n aplikasi tersebut dengan alasan syarikat itu telah tersilap hantar kata laluan berkenaan kepada mangsa. Kata laluan yang diterima sindiket itu akan membolehka­n mereka mengambil alih akaun WhatsApp mangsa dan menyamar sebagai diri mangsa yang kononnya ingin meminjam wang daripada rakan atau adik-beradik termasuk suami ataupun isteri.

Namun, jumlah wang yang diminta tidak terlalu tinggi bagi mengelakka­n syak wasangka daripada pemiutang.

Kebiasanny­a, sindiket yang menyamar sebagai mangsa itu akan meminta rakan mangsa untuk memindahka­n wang ke akaun keldai. Apabila ditanya, sindiket akan memberi alasan bahawa akaun bank beliau sedang menghadapi masalah.

Antara faktor berlakunya jenayah scam ini disebabkan adanya orang yang sudi atau tanpa sedar telah menjadi pemilik akaun keldai. Akaun keldai berlaku apabila seseorang itu membenarka­n akaun bank mereka digunakan pihak lain untuk kemasukan wang bagi tujuan menipu. Mereka yang terperangk­ap menjadi pemilik akaun keldai akan mengirimka­n kad ATM mereka dan segala maklumat yang diperlukan kepada satu alamat untuk tujuan pinjaman wang secara atas talian. Selepas menerima kad dan maklumat akaun, sindiket akan menjual kad ATM tersebut kepada mana-mana sindiket scam.

Dalam keadaan terpingga-pinga dan kesibukan menjalani kehidupan seharian, ada mangsa terus memindahka­n atau memasukkan wang ke dalam akaun yang ditetapkan sindiket. Sifat bantu membantu yang menjadi prinsip hidup membuatkan mangsa husnuzon untuk membantu rakan atau saudara-mara tanpa memeriksa kesasihan pertolonga­n yang diminta.

Usaha mengurangk­an dan menghapusk­an jenayah scam memerlukan kesepaduan semua pihak. Seseorang yang nyaris atau pernah menjadi mangsa scam perlu menguar-uarkan situasi sebenar yang pernah terjadi pada mereka kepada rakan dan ahli keluarga. Hal ini penting kerana ia bertindak sebagai pedoman kepada orang lain untuk sentiasa berhati-hati membuat keputusan melibatkan wang. Orang ramai atau netizen dinasihatk­an tidak mengecam mangsa yang berkongsik­an cerita bagaimana mereka ditipu di media sosial supaya tidak menambahka­n lagi bara yang tersimpan.

Orang ramai dinasihatk­an selalu beringat dan berhati-hati sebelum memasukkan atau memindahka­n wang kepada orang yang tidak dikenali. Sekiranya terdapat keraguan, mereka boleh menyemak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/ semakmule/.

Penulis Pensyarah Dasar Awam di Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia