Harian Metro

Tauke belut tak menang tangan

-

sektor pembinaan negara, kembali ke tanah air masing-masing selepas kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang penularan pandemik Covid-19 yang menyaksika­n projek pembanguna­n tidak kritikal diarah henti kerja.

Seorang lagi pemain industri yang juga enggan namanya disiarkan berkata, kerajaan harus campur tangan dan meneliti setiap projek dikatakan ‘sakit’ kerana rumusan secara pukul rata mempunyai implikasi perundanga­n dan kewangan kepada pemaju dan pembeli.

Katanya kerajaan perlu mengambil kira faktor termasuk arahan yang dikuatkuas­akan sepanjang pandemik, antaranya Ordinan Darurat dan pelaksanaa­n PKP yang menjejaska­n operasi.

Pada 2020, kerajaan menguatkua­sakan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangk­an Kesan Penyakit Koronaviru­s 2019 (Covid-19) 2020 yang diluluskan oleh Parlimen pada Ogos 2020.

Akta Covid-19 melibatkan Akta 118 yang antara lain bertujuan memberi perlindung­an sementara kepada pemaju perumahan bagi kerja yang tertangguh akibat PKP sejak 18 Mac 2020, termasuk daripada disaman oleh pembeli atau bank kerana gagal menyiapkan projek pada tarikh dijadualka­n siap.

Bagaimanap­un pengecuali­an EOT yang ditetapkan kerajaan menerusi Akta Covid-19 itu hanya terpakai ke atas projek perumahan yang sepatutnya siap antara Mac hingga Disember 2020.

Bagaimanap­un, pada Februari 2021, KPKT menerusi Menterinya pada ketika itu Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, kementeria­n bersedia menimbang untuk memberi pengecuali­an bagi projek yang lewat hingga Mac 2021 dengan syarat pemaju terbabit mempunyai alasan yang kukuh.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat HBA Chang Kim Long yang berkongsi pandangan serupa dengan pemaju, berpendapa­t KPKT wajar memperinci semula jumlah projek sakit agar dapat mencermink­an keadaan sebenar.

“Barangkali KPKT terlepas pandang tentang cabaran dihadapi semua pihak dalam tempoh dua tahun lepas,” katanya menambah hanya dengan cara berkenaan nasib pembeli yang dikatakan terbabit dalam projek sakit boleh dibela.

Marang: “Permintaan belut amat tinggi sehingga mendorong saya berhenti kerja sebagai pemandu lori bagi memberi sepenuh tumpuan sebagai pembekal belut.”

Begitu kata Muhamad Zulkifli Yusof, 28, dari Binjai Bongkok di sini, apabila mampu meraih keuntungan lumayan hasil jualan belut setiap bulan namun bergantung kepada bekalan yang diperoleh.

Muhamad Zulkifli berkata, dia sanggup pergi ke Melaka, Kelantan, sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Perak dan beberapa negeri lain untuk mendapatka­n bekalan belut.

“Saya mula membekalka­n belut kepada peniaga kedai makan dan kedai tomyam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan apabila melihat permintaan tinggi maka saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

“Belut spesies pasir, sawah dan paya dijual pada harga RM28 sekilogram manakala belut albino dijual kepada kedai haiwan peliharaan di Kuala Lumpur dengan harga RM100 seekor,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Yo Belut dalam kalangan peniaga.

Menurutnya, berikutan permintaan tinggi menyebabka­n

<

Barangkali KPKT terlepas pandang tentang cabaran dihadapi semua pihak Chang Kim Loong

isterinya Izzati Yusof, 29, terpaksa membantuny­a menghantar bekalan kepada pelanggan di sekitar Kuala Terengganu.

Katanya, dia memerlukan stok lebih 1.3 metrik tan sebulan namun ia masih belum mencukupi untuk dipasarkan ke seluruh Terengganu.

“Belut tidak seperti ikan air tawar lain kerana sifat belut yang tahan lasak menyebabka­n ia mudah untuk diuruskan selain stok yang ada tidak perlu disimpan lama kerana semuanya sudah ditempah. “Sepanjang dua tahun berkecimpu­ng dalam bidang ini, hanya 15 hingga 20 belut albino ditemui dan semuanya saya jual kepada kenalan di Kuala Lumpur,” katanya. Katanya, dia juga mendapat banyak tempahan dari luar Terengganu, namun tidak dapat dipenuhi berikutan bekalan tidak mencukupi.

‘ Belut tidak seperti ikan air tawar lain kerana sifat belut yang tahan lasak menyebabka­n ia mudah untuk diuruskan” Muhamad Zulkifli

 ?? ?? MUHAMAD Zulkifli bersama belut yang dibekalkan kepada peniaga kedai makan dan tomyam.
MUHAMAD Zulkifli bersama belut yang dibekalkan kepada peniaga kedai makan dan tomyam.
 ?? ?? BELUT albino dijual dengan harga RM100 seekor.
BELUT albino dijual dengan harga RM100 seekor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia