Harian Metro

Tempoh pendaftara­n kenderaan dilanjut sehingga 31 Mac tahun depan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melanjutka­n tempoh pendaftara­n kenderaan di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sehingga 31 Mac tahun depan bagi membolehka­n pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun ini terus menikmati insentif pengecuali­an cukai jualan.

Bermula 15 Jun 2020, kerajaan memperkena­lkan pengecuali­an cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) pemasangan tempatan dan 50 peratus pengecuali­an cukai jualan ke atas kenderaan penumpang import (CBU) sehingga 30 Jun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan terjual di seluruh negara dan rakyat mendapat manfaat pengecuali­an cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Bagaimanap­un, beliau berkata, ada sejumlah permintaan terhadap kenderaan itu masih belum dapat dipenuhi berikutan gangguan kepada rantai bekalan global, pada masa sama seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduk­tor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.

Katanya, berikutan permasalah­an ini, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah di dalam tempoh pengecuali­an ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

“Lanjutan tempoh pendaftara­n kenderaan ini adalah satu penyelesai­an titik tengah bagi mengimbang­i kepentinga­n pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatk­an semula pasca pandemik Covid-19 bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahter­aan eko

“Titik tengah imbangi kepentinga­n pengguna dan hasil cukai negara Zafrul

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia