Harian Metro

Polis ambil keterangan individu jadi sebutan

-

Kota Bharu: Polis akan mengambil keterangan beberapa individu yang disebut dalam laporan berkaitan tuntutan siasatan lanjut terhadap kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarha­m Faziani Rohban Ahmad.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya tidak akan membuka kertas siasatan kerana ia dijalankan pihak berkuasa Thailand memandangk­an kejadian berlaku di negara terbabit pada 18 Mei 2019.

“Apa yang boleh kita buat, kita akan buat siasatan menyeluruh nama yang disebut dalam laporan dan setakat ini tiada lagi sesuatu yang boleh berikan pengesahan mengenai apa yang dikatakan.

“(Laporan) itu berdasarka­n andaian apa yang berlaku, percakapan di kalangan keluarga dan rakan yang mungkin boleh andaikan, tapi siasatan berdasarka­n fakta,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalanka­n siasatan.

“Bila nama disebut tidak semestinya terbabit (dalam kes), elakkan spekulasi dan bagi kami ruang untuk tengok satu per satu kerana ia memerlukan fakta lengkap dan tepat.

“Kita akan jalankan siasatan atas laporan yang dibuat pengadu sama ada terdapat kebenaran atau tidak, bukan berkaitan kematian kerana ia berlaku di Thailand,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan keluarga Faziani membuat laporan di Balai Polis Tumpat pada 16 Jun lalu selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Kemalangan membabitka­n kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori mengakibat­kan wanita itu maut di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia