Harian Metro

132 orang teraniaya

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Sindiket yang melakukan khianat dan along serta menawarkan pinjaman tidak wujud berjaya dibongkar polis di sini, 15 Jun lalu.

Kegiatan mereka itu dibongkar hasil serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sebuah kondominiu­m mewah di kawasan Perda, Bukit Mertajam di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, menerusi serbuan yang dijalankan jam 12.45 tengah hari itu, polis turut menahan 13 individu warga tempatan berusia 19 hingga 30 tahun kerana disyaki terbabit dengan aktiviti terbabit.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai aktiviti khianat seperti simbah cat dan ugutan jenayah.

“Kesemua suspek itu terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan berasal dari beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Sabah.

“Seramai tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod lampau membabitka­n jenayah dan dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, serbuan itu turut merampas 27 unit telefon bimbit, tiga komputer riba, sebuah Perodua Myvi dan 10 buku nota tercatat nombor telefon, nombor akaun mangsa serta skrip dipercayai bagi memperdaya mangsa.

Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah mengiklank­an pinjaman menerusi media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Katanya, anggota sindiket itu kemudianny­a akan berhubung dengan mangsa yang tertarik dengan iklan itu dan memperdaya dengan meminta sejumlah bayaran sebagai yuran pemprosesa­n.

“Siasatan mendapati kesemua suspek turut terbabit dengan sindiket pinjaman tidak wujud dengan mengutip yuran pemprosesa­n tanpa pinjaman.

“Mereka bergerak aktif sejak 2021 di Pulau Pinang dan kita percaya dengan tertangkap kesemua suspek, polis dapat merungkai sindiket penipuan ini,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati sebanyak 132 laporan polis diterima berkaitan aktiviti kumpulan berkenaan yang membabitka­n semua negeri.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ?? ?? MOHD Shuhaily (dua dari kanan) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG
MOHD Shuhaily (dua dari kanan) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG
 ?? ?? ANTARA barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominiu­m mewah di kawasan Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
ANTARA barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominiu­m mewah di kawasan Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia