Harian Metro

Foto bapa meninggal

-

Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terbabit kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisih­an faham di laman Facebook.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superinten­dan

Mohd Nasir Drahman berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, mangsa berusia 48 tahun telah berjumpa dengan dua lelaki di restoran itu bagi menyelesai­kan masalah peribadi.

Beliau berkata seorang daripada suspek dipercayai memuat naik gambar bapa mangsa yang meninggal dunia selain mengaibkan­nya di laman Facebook.

Bagaimanap­un, Mohd Nasir

berkata semasa perbincang­an, lelaki terbabit naik angin dan memaki hamun sebelum dia dan rakannya bertindak memukul mangsa menggunaka­n batang besi paip dan kerusi plastik.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian mendapatka­n rawatan di sebuah klinik swasta dan menerima 12 jahitan di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kelmarin dan kini giat memburu kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mohd Nasir memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menghubung­i balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal menerusi talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia