Harian Metro

Syahrulniz­am mahu jadi pendaki Everest termuda

-

Bupsa (Nepal): Pendaki Solo (junior), Muhammad Syahrulniz­am Mohd Noor, 18, yang akan mendaki ke Puncak Gunung Everest pada tahun 2024 sebagai pendaki termuda Malaysia mendapat suntikan semangat bila mendapat pelbagai tip pendakian daripada Ng Temba Sherpa yang membawa dua pendaki negara ke puncak Everest tahun 1997.

Ng Temba Sherpa yang mendaki ke puncak tertinggi di dunia sebanyak 13 kali termasuk membawa team Kembara yang di ketuai Tan Sri Khalid Yunos turut memberi pelbagai nasihat kepada Muhammad Syahrulniz­am yang ditemani ayahnya, pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin dan Dawa Sherpa selama hampir sejam.

Pertemuan yang memberi seribu makna itu berlangsun­g ketika Muhammad Syahrulniz­am turun ke Everest Base Camp dan turun melalui Bupsa dan menaiki pengangkut­an darat ke Sadelly dan Kathmandu ketika musim hujan. Muhammad Syahrulniz­am akan pulang ke Malaysia pada Rabu depan dan terus menjalani latihan sebagai persiapan Breaking Asia Records dengan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti pada 15 hingga 16 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia