Harian Metro

‘Kak Dib bantu saya dari segi kewangan’

-

“Saya balas macam biasa saja mesej peribadi (DM) Kak Dib (Allahyarha­m Adibah Noor). Tapi saya tidak boleh beritahu jumlah yang Kak Dib berikan. Bagi saya agak besar nilainya.”

Demikian kata pengguna akaun Twitter Jefri El’Mansor, 33, yang berkongsi ciapan dan paparan skrin Allahyarha­m penyanyi Adibah Noor ada membantu keluargany­a dari segi kewangan pada Julai tahun lalu.

Jefri ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila mendapat DM daripada Adibah Noor.

“Terkejutla­h juga sebab kami tak saling mengikuti di Twitter pun. Saya buat ciapan itu ketika musim pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya memang jobless (tiada pekerjaan) masa tu sebab saya kerja dalam bidang perkahwina­n.

“Saya Tweet pada 25 Julai tahun lalu, arwah DM keesokan harinya. Arwah juga beritahu tak boleh nak bantu hari ini sebab sudah buat pemindahan maksimum. Ini bermakna arwah sudah bantu orang lain dulu sebelum kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut Jefri, dia menangis apabila membaca perkhabara­n penyanyi lagu Terlalu Istimewa meninggal dunia, kelmarin.

“Pada mulanya kawan yang beritahu. Terus rasa terkejut, macam betulkah? Apabila saya buka Twitter, ya betul dah meninggal. Masa tu terus mengalir air mata. Saya cakap kepada isteri dan kami bersedih atas kehilangan arwah,” katanya.

Jefri yang juga bapa kepada seorang cahaya mata lelaki berusia setahun enam bulan bersyukur apabila kerjayanya kini semakin stabil.

Terdahulu, ciapan Jefri

El’Mansor yang berkongsi mengenai Allahyarha­m

Adibah pernah membantu keluargany­a dari segi kewangan pada 2021 mendapat perhatian warganet.

“Sorry anakku, ayah terpaksa pakai duit raya kamu untuk beli susu dan lampin,” ciap pengguna itu.

Ciapan itu mendapat perhatian Adibah dengan membalas secara DM.

“Salam. Izinkan saya bantu top up balik duit raya anak encik. Please let me know how much and your account number. Jangan segan k,” balas Adibah.

 ?? ?? JEFRI bersama anak dan isterinya.
JEFRI bersama anak dan isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia