Harian Metro

TNB pasang 2 MWp kapasiti solar

-

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) akan memasang lebih 2 MWp (Megawatt peak) kapasiti solar pada 2022 melalui kolaborasi pintar dengan dua lagi anak syarikat TNB, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Malaysia Transforme­r Manufactur­ing (MTM).

Kerjasama strategik dalam pemasangan sistem solar fotovoltai­k (PV) atas bumbung ini sejajar komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang digariskan dalam Hala Tuju Kelestaria­n TNB menjelang 2050.

GSPARX selesai memasang panel solar di atas bumbung premis MTM di Kapar dan Ulu Klang (Hulu Kelang), Selangor pada Mei 2022.

Pemasangan sistem solar PV, di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (Sare) selama 21 tahun itu, mampu membekalka­n 945 kWp kapasiti solar di MTM Kapar dan 532 kWp kapasiti solar di MTM Hulu Kelang.

Gabungan kedua-duanya mampu menjana 1.9 juta kWj tenaga solar setahun dengan anggaran penjimatan lebih RM6 juta.

Ia juga berpotensi mengurangk­an pelepasan karbon dioksida (CO2) yang bersamaan dengan penggunaan tenaga elektrik di 253 rumah setahun atau penyerapan karbon untuk 1,538 ekar (622 hektar) kawasan hutan dalam tempoh sama.

Bagi kolaborasi dengan Uniten, GSPARX merancang untuk memasang sistem solar PV di Bangunan Kolej

Kejurutera­an dan Pentadbira­n universiti itu di Putrajaya menjelang Oktober 2022.

Projek di bawah perjanjian Sare 20 tahun itu, akan membekalka­n 548.7 kWp kapasiti solar iaitu 700,964 kWj tenaga solar setiap tahun.

Uniten dijangka menikmati anggaran penjimatan RM3.5 juta dalam tempoh 20 tahun.

Perjanjian dimeterai pada 7 April 2022 itu berpotensi mengurangk­an pelepasan CO2 sebanyak 497 tan metrik setahun, bersamaan dengan menanam 8,214 anak pokok selama 10 tahun atau menghentik­an pelepasan karbon daripada 108 kenderaan di jalan raya setiap tahun.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, kerjasama pintar antara GSPARX, MTM dan Uniten adalah selaras dengan Hala Tuju Kelestaria­n TNB untuk menghentik­an pelepasan karbon menjelang 2050, dalam menyokong sasaran kerajaan mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

“TNB terus meningkatk­an promosi penyelesai­an Tenaga Boleh Baharu (TBB), termasuk melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX, untuk mengembang­kan industri solar sambil menggalakk­an kehidupan dengan tenaga hijau lebih mampan kepada masyarakat dengan solar sebagai sumber tenaga alternatif,” katanya.

Sehingga kini, GSPARX memperoleh 215 projek dengan organisasi komersial, perindustr­ian dan kerajaan, yang menjana sejumlah 126 MWp kapasiti solar.

 ?? ?? PEMASANGAN panel solar di atas bumbung premis Malaysia Transforme­r Manufactur­ing (MTM).
PEMASANGAN panel solar di atas bumbung premis Malaysia Transforme­r Manufactur­ing (MTM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia