Harian Metro

Kerjasama strategik Angkasa, IFFCO

-

Kuala Lumpur: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan The Indian Farmers Fertiliser Cooperativ­e Limited (IFFCO).

Ia bagi membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada gerakan koperasi di kedua-dua negara khususunya dalam industri pertanian dan asas tani serta perladanga­n.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kerjasama itu akan membantu usaha kerajaan memperkasa sektor pertanian, membantu pengusaha pertanian khususnya koperasi serta memastikan kualiti dan hasil pertanian negara seiring dengan Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030.

“Melalui perjanjian yang dimeterai, secara dasarnya, Angkasa bersetuju mengimport baja nano (dari India).

“Usaha ini, langkah ke hadapan khususnya dalam memastikan kelestaria­n alam semula jadi kerana tiada komponen kimia digunakan dalam pembuatan baja nano ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia