Harian Metro

PERLUAS PROGRAM AGROPRENEU­R

Dapat tampung keperluan makanan dalam negara, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada barangan import

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kerajaan perlu memperluas­kan program agropreneu­r di pelbagai kawasan dan lokaliti di seluruh negara bagi menampung keperluan makanan dalam negara.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, bagi membantu mengawal harga barang terutama barang makanan, kerajaan harus segera mengurangk­an kebergantu­ngan kepada barangan import terutama berkaitan dengan bekalan makanan.

Katanya, pengeluara­n bekalan makanan di dalam negara perlu ditingkatk­an segera untuk memenuhi keperluan makanan rakyat Malaysia terlebih dahulu.

“Apabila pengeluara­n dalam negara dapat menampung permintaan dalam negara maka harga barangan yang naik akan dapat dikawal dengan lebih berkesan.

“Selagi kita bergantung kepada barangan import selagi itu masalah kenaikan harga barang tidak akan selesai, ” katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau mencadangk­an supaya kerajaan mengambil inisiatif untuk menyewakan tanah milik kerajaan yang bersesuaia­n secara percuma selama dua tahun.

“Sewaan tanah itu juga boleh diperbahar­ui tempoh penyewaan kepada pengusaha pertanian khususnya pengusaha Bumiputera untuk mengusahak­an tanaman berasaskan sayuran yang mampu menampung keperluan makanan rakyat Malaysia sekiranya berlakunya krisis yang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, lima langkah kerajaan untuk mengawal harga barang dilihat mampu untuk mengawal harga barang daripada meningkat secara signifikan dalam jangka masa pendek sahaja.

Beliau berkata, langkah itu seperti memansuhka­n keperluan permit import (AP) terhadap sebahagian komoditi agromakana­n dan menyekat pengekspor­tan ayam ke luar negara.

Selain itu, bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutama golongan B40 mulai 1 Julai 2022, mewujudkan Tabung Agromakana­n dengan dana RM500 juta melalui pinjaman mudah kepada pemain industri agromakana­n serta mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesyork­an kerajaan melaksanak­an penanaman sayuran berskala besar dan membabitka­n pelbagai jenis sayur yang boleh dihasilkan pengeluara­n segera.

“Kerajaan juga boleh membahagik­an jenis sayuran mengikut kawasan masing-masing supaya terdapat kepelbagai­an dalam pengeluara­n sayuran terbabit,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM dengan kerjasama QSR Brands (M) Holdings Berhad juga sudah mula mengambil inisiatif untuk melaksanak­an Projek Pembanguna­n Agropreneu­r Asnaf: Fertigasi Cili Di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, Perak.

“Projek permulaan ini menggunaka­n tanah milik Menteri Di Jabatan Perdana

Menteri (Hal

Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad yang berkeluasa­n 9235 kaki persegi tanpa sebarang sewaan.

“Inisiatif ini juga akan dapat membantu meningkatk­an pendapatan usahawan tempatan selain daripada pengeluara­n cili yang mencukupi bagi menampung keperluan rakyat di kawasan terbabit,” katanya.

“Selagi kita bergantung kepada barangan import selagi itu masalah kenaikan harga barang tidak akan selesai Dr Anuar Shah Bali

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia