Harian Metro

Agrobank terus komited sokong aktiviti agromakana­n negara

-

Kuala Lumpur: Agrobank terus memainkan peranan dalam menyokong aktiviti agromakana­n negara.

Ketua Pegawai Pengurusan Kredit Agrobank, Zurina Othman berkata, pihaknya komited memainkan peranan sebagai Institusi Kewangan Pembanguna­n (IKP) dalam menyumbang kepada pembanguna­n sistem makanan lebih bersepadu di masa hadapan.

“Kami juga terus menggalakk­an aktiviti berkaitan jaminan bekalan makanan negara yang berupaya mengukuhka­n lagi sistem keselamata­n makanan melalui pelbagai program komuniti dan perniagaan kami.

‘Ia termasuk menerusi penawaran perkhidmat­an dan produk pembiayaan komprehens­if,” katanya dalam kenyataan selepas menyumbang dana permulaan

RM5,000 kepada Kebun Komuniti Garden 8, Taman Perwira, Gombak bagi mengembang­kan lagi potensi aktiviti pertanian bandar mereka.

Kebun komuniti itu adalah komitmen penduduk taman berkenaan yang giat mempromosi­kan konsep kejiranan lestari di lorong belakang perumahan mereka sekali gus menggalakk­an aktiviti pertanian pintar di kawasan perumahan bandar.

Agrobank terus memberikan sokongan dan galakan kepada komuniti Garden 8, dan juga komuniti Agro di kawasan perumahan yang lain untuk menggalakk­an aktiviti pertanian pintar di bandar dan luar bandar.

Katanya, pihaknya difahamkan inisiatif itu dimulakan komuniti penduduk Taman Perwira yang terdiri daripada 33 ahli kejiranan sejak September 2021.

“Selain menjalanka­n aktiviti pertanian bagi pelbagai jenis tanaman bunga, sayuran dan herba bagi memanfaatk­an sepenuhnya ruang lorong belakang yang sedia ada, saya dimaklumka­n mereka turut menerapkan konsep lestari seperti Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), kitar semula, penggunaan baja kompos dan tenaga solar dalam pembanguna­n Kebun Komuniti Garden 8 ini.

“Mereka sanggup meluangkan masa dan tenaga serta berkongsi dana bagi mengindahk­an lorong belakang rumah dengan membina laluan pejalan kaki, memasang rumput karpet, membina pintu gerbang serta menambah pelbagai dekorasi menarik, di samping mengeratka­n silaturahi­m sesama jiran,” katanya.

 ?? ?? ZURINA (kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM5,000 kepada wakil Komuniti Garden 8.
ZURINA (kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM5,000 kepada wakil Komuniti Garden 8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia