Harian Metro

Impak projek siri M

Projek hartanah M Vertica di Cheras terjual lebih 80 peratus

-

Projek pembanguna­n hartanah M Vertica yang dibangunka­n Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) di Cheras merekodkan jualan menggalakk­an daripada pembeli.

Projek hartanah yang dibangunka­n pada 2018 itu mempunyai lima menara kediaman yang mula diduduki pada 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang berkata, kadar jualan memberangs­angkan itu berdasarka­n permintaan untuk hartanah pada harga mampu milik di lokasi strategik.

“Sejak dilancarka­n, kami terima sambutan menggalakk­an daripada pelanggan. M Vertica kini lebih 80 peratus dijual.

“Ini menunjukka­n permintaan dan keyakinan kukuh pembeli rumah terhadap rangkaian projek mampu milik Mah Sing yang terletak di lokasi strategik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Ho berkata, berdasarka­n permintaan luar biasa itu, kumpulan pada tahun ini melancarka­n projek hartanah baharu, M Senyum di Salak Tinggi.

Katanya, projek hartanah kediaman M Senyum juga mendapat sambutan apabila 262 unit rumah teres dua tingkat Fasa 1 Camellia sudah dimiliki sepenuhnya, manakala 270 unit Camellia 2 kini dibuka untuk pendaftara­n.

Katanya, siri projek hartanah M oleh Mah Sing dibangunka­n menggunaka­n konsep rumah ideal kerana ia direka untuk mampu milik dan mempunyai ketersambu­ngan baik.

“Dengan peningkata­n kos sara hidup dan kesedaran alam sekitar lebih tinggi serta sistem pengangkut­an awam lebih baik, kami menjangkak­an lebih ramai orang menggunaka­n pengangkut­an awam.

“Tambahan pula, projek siri M secara umumnya mempunyai kemudahan baik,” katanya.

Ho berkata, kumpulan melihat permintaan ketara untuk hartanah berharga mampu milik di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang disebabkan peningkata­n pertanyaan da penerimaan yang baik.

Beliau berkata, kadar pengambila­n baik meningkatk­an keyakinan kumpulan untuk menawarkan hartanah kediaman serupa kepada pasaran.

Katanya, pada separuh kedua

2022, Mah Sing merancang melancarka­n M Astra (berharga daripada RM399,000) di Setapak dan M Nova (berharga daripada RM318,000) di Kepong.

Selain itu katanya, Mah Sing sentiasa mencari tanah berharga menarik yang boleh memberikan sekali lagi kejayaan pembanguna­n kediaman pada harga mampu milik siri M.

 ?? ?? HO
HO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia