Harian Metro

MBM tawar program latihan Perantisan Moden Termaju

-

Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) komited mengukuhka­n ekosistem tenaga kerja mahir dalam sektor automotif di Malaysia dengan melaksanak­an program Advanced Modern Apprentice­ship (Perantisan Moden Termaju).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Rantau Asia Tenggara II, Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, program selama tiga tahun dengan biasiswa penuh itu kini dibuka.

Beliau berkata, program itu merangkumi pelbagai sukatan pelajaran dan garis panduan latihan diperakui global oleh Latihan Global Mercedes-Benz Global dengan elemen Kecekapan Mercedes-Benz bagi memastikan pembanguna­n berterusan pelatih.

Program itu juga katanya menggabung­kan Kelayakan Antarabang­sa sehingga Tahap

3 dan diiktiraf Jabatan Pembanguna­n Kemahiran di bawah Kementeria­n Sumber Manusia.

Katanya, ini platform terbaik syarikat untuk melatih dan membimbing tenaga kerja yang menjadi komponen penting dalam menyediaka­n pengalaman terbaik kepada pelanggan Mercedes-Benz Malaysia.

“Pendidikan adalah kuasa dan kami mahu mempelawa dan memanfaat tenaga kerja muda berbakat Malaysia untuk menyertai kami menerusi program Latihan Global Mercedes-Benz kami.

“Terdapat permintaan terhadap tenaga kerja berkemahir­an tinggi dalam industri automotif dan menerusi program perantis ini kami dapat menawarkan rakyat Malaysia peluang dan kerjaya menarik bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia