Harian Metro

Wonda Coffee perkenal pameran visual Hologram HyperGram

-

Kuala Lumpur: Wonda Coffee menjadi antara jenama pertama yang membuka jalan kepada pameran visual, Hologram HyperGram di Malaysia.

Pameran itu sebagai platform memasuki era baharu pengalaman digital yang lebih dekat kepada pengguna.

Wonda Coffee menerusi kenyataan berkata, pihaknya percaya teknologi holografik membantu jenama itu menjalin hubungan lebih rapat dengan penggemar setianya.

Menurutnya, untuk memberikan lebih pengalaman menarik kepada pengguna, HyperGram menawarkan paparan visual realistik digabungka­n dengan pengalaman interaktif.

“Hologram HyperGram adalah teknologi video inovatif yang membawa pengunjung pusat beli-belah mengalami lebih daripada apa dilihat dengan paparan visual.

“Sebagai menghargai usaha baharu bersama HyperGram ini, Wonda Coffee turut memberikan tawaran istimewa untuk pengunjung yang hadir di pameran visual itu di lokasi terpilih,” katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, Wonda Coffee menerusi produknya sentiasa tampil menawarkan produk inovatif di samping strategi pemasaran menarik.

Ia bagi membolehka­n rakyat Malaysia menantikan lebih banyak pengalaman baharu dan terbaik untuk tahun mendatang.

Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti terkini Wonda Coffee termasuk pembabitan­nya dengan Hologram HyperGram, orang ramai boleh melayari www.facebook.com/WondaCoffe­eMalaysia.

Wonda Coffee turut memberikan tawaran istimewa untuk pengunjung yang hadir di pameran visual”

Wonda Coffee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia