Harian Metro

China lancar peluru berpandu antibalist­ik

-

Beijing: China berjaya menjalanka­n ujian peluru berpandu antibalist­ik jarak pertengaha­n pada Ahad, kata kementeria­n pertahanan­nya.

Dalam satu kenyataan ringkas, kementeria­n itu berkata, ujian “teknologi pintasan antipeluru berpandu berasaskan darat” dijalankan pada malam hari berkenaan, lapor The Straits Times.

“Ujian itu mencapai matlamat yang dijangkaka­n. Ujian ini bersifat defensif dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara,” kata kementeria­n itu.

China meningkatk­an penyelidik­an ke atas semua jenis peluru berpandu, daripada yang boleh memusnahka­n satelit di angkasa kepada peluru berpandu balistik yang canggih, sebagai sebahagian daripada skim pemodenan oleh Presiden Xi Jinping.

Negara itu menjalanka­n ujian serupa pada Februari 2021 dan menjadikan jumlah ujian teknikal peluru berpandu antibalist­ik berasaskan darat China yang diumumkan secara terbuka kepada enam, lapor media kerajaan Global Times.

China bersama sekutunya Rusia berulang kali menyatakan bantahan terhadap penempatan sistem antipeluru berpandu Pertahanan Terminal Kawasan Altitud Tinggi (Thaad) milik Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan.

China berkata, radar berkuasa tinggi daripada alat itu boleh ‘menembusi’ wilayahnya dan pihaknya sudah mengadakan latihan simulasi antipeluru berpandu bersama Rusia.

Korea Utara juga meningkatk­an ujian peluru berpanduny­a dalam tempoh beberapa bulan kebelakang­an ini, mendorong Korea Selatan dan AS untuk bertindak balas terhadap perkembang­an berkenaan.

Pada 2016, Kementeria­n Pertahanan China mengesahka­n ia meneruskan ujian sistem antipeluru berpandu selepas gambar muncul di stesen televisyen kerajaan.

Beijing berkata, teknologi sedemikian diperlukan untuk pertahanan dan keselamata­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia