Harian Metro

CECAH 50 DARJAH CELSIUS

Iraq, Kuwait dan Oman adalah antara 10 negara paling panas di dunia

-

Iraq, Kuwait dan Oman adalah antara 10 negara paling panas di dunia yang mencatatka­n suhu tertinggi pada hari Sabtu lalu, menurut portal cuaca El Dorado.

Bandar Amara di tenggara Iraq mencatatka­n suhu 50 darjah Celsius manakala Arab Saudi menyaksika­n gelombang haba dengan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celsius di beberapa wilayahnya, lapor Gulf News.

Kuwait adalah negara keempat terpanas di dunia, pada hari sama, apabila bandar Al Jahra mencatatka­n 49.3 darjah Celcius.

Bandar Fohoud di Oman mencatatka­n 48 darjah Celcius,

menjadikan negara itu kesembilan paling panas di dunia.

Sementara itu, Pusat Meteorolog­i Kebangsaan (NCM) Arab Saudi memberi amaran bahawa negara itu akan menyaksika­n gelombang haba yang akan mencecah 50 darjah Celsius di beberapa wilayah di negara itu, antara Ahad hingga Rabu ini.

Ia juga menjangkak­an suhu maksimum di kebanyakan wilayah timur dan bahagian antara Madinah dan Yanbu, masing-masing akan mencapai 47 dan 50 darjah Celsius.

Suhu di bahagian timur

Riyadh dan Al Qassim serta sempadan utara dijangka mencecah antara 45 dan 47 darjah Celsius.

Justeru, NCM menyeru semua orang mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta mereka mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamata­n sendiri.

Walaupun beberapa negara Arab mendahului senarai negara paling panas di dunia, gelombang panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini turut melanda selatan Eropah.

Arab Saudi kini sedang mengalami ribut petir sederhana dan hujan lebat, dengan wilayah Jazan, Asir, Al Baha dan Makkah berkemungk­inan besar terjejas, hanya sebulan selepas ribut pasir melanda negara itu.

Makkah mencatatka­n 45 darjah Celcius pada Rabu lalu, suhu tertinggi di sana dan pusat meteorolog­i meramalkan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celcius di kota suci itu, yang bersedia menerima sehingga satu juta umat Islam dari seluruh dunia sempena musim haji tahun ini.

 ?? ?? KUWAIT adalah negara keempat terpanas di dunia.
KUWAIT adalah negara keempat terpanas di dunia.
 ?? ?? SEORANG lelaki menyejukka­n diri ketika cuaca panas di Shatt al-Arab di Bursa, selatan Iraq. FOTO AFP
SEORANG lelaki menyejukka­n diri ketika cuaca panas di Shatt al-Arab di Bursa, selatan Iraq. FOTO AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia