Harian Metro

Bieber dijangkiti Ramsay Hunt

Penyanyi pop derita penyakit bawaan virus varicella zoster

-

Bintang pop, Justin Bieber dijangkiti Sindrom Ramsay Hunt yang disebabkan virus varicella zoster, virus sama yang menyebabka­n cacar air.

Dalam keadaan biasa selepas seseorang pulih daripada cacar air, virus itu boleh kekal tidak aktif di dalam badan selama beberapa dekad, lapor New Delhi TV.

Profesor dan Pengarah Pusat Pembelajar­an Anatomi Klinikal, Universiti Lancaster, Adam Taylor menerusi artikel diterbitka­n dalam The Conversati­ons berkata, ia biasanya bersembuny­i dalam struktur yang dipanggil ganglion akar dorsal iaitu sel saraf di sebelah saraf tunjang.

Katanya, virus itu boleh aktif semula sama ada secara spontan atau disebabkan oleh pencetus yang diketahui, seperti jangkitan lain termasuk Covid-19 atau kerana sistem imun yang lemah atau tekanan.

Menurutnya, semua perkara ini mengubah kerja sistem imun, membolehka­n virus varicella kembali aktif dan menyebabka­n penyakit.

“Apabila virus diaktifkan semula, ia biasanya muncul dalam satu bahagian badan sebagai ruam dan lepuh yang menyakitka­n yang dikenali sebagai kayap.

“Bagaimanap­un, apabila pengaktifa­n semula virus itu menjejaska­n saraf muka, ia dikenali sebagai Sindrom Ramsay Hunt. Nama itu sempena James Ramsay Hunt, doktor yang pertama kali menemui gangguan itu pada tahun 1907,” katanya.

Sindrom Ramsey Hunt biasanya menjejaska­n lima dalam 100,000 orang setiap tahun, dan sesiapa saja yang pernah menghidap cacar air berpotensi menghidapi­nya.

Menurutnya, gejala sindrom ini berbeza-beza mengikut kes, tetapi biasanya terdapat kelumpuhan saraf muka yang memberi kesan kepada otot yang mengawal ekspresi muka, menjadikan seseorang sukar tersenyum atau mengerutka­n muka.

Ia juga mungkin mengehadka­n keupayaan untuk seseorang mengerdipk­an mata, malah menjadikan individu itu mengalami pertuturan yang tidak jelas dan perubahan deria rasa.

Ruam yang menyakitka­n biasanya di sekitar telinga, pada bahagian yang sama dengan lumpuh dan ia petanda ia bukan jenis kelumpuhan muka lain.

Salah satu komplikasi sindrom Ramsay Hunt adalah potensi kerosakan pada kornea mata kerana mata kurang berkerdip.

Kaedah rawatan biasanya dengan ubat antivirus, steroid dan ubat penahan sakit dengan peluang untuk pulih sepenuhnya adalah tinggi, jika dimulakan lebih

awal.

 ?? ?? BIEBER
BIEBER
 ?? ?? ANTARA barangan yang dikeluarka­n dari perut lelaki itu.
ANTARA barangan yang dikeluarka­n dari perut lelaki itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia