Harian Metro

Logam, serpihan kaca dalam perut lelaki

-

Istanbul: Syiling, paku, bateri dan serpihan kaca. Itu antara barangan ditemukan oleh doktor yang membedah perut seorang lelaki di Turki.

Lebih mengejutka­n, doktor berkenaan turut menjumpai batu dan skru, di dalam perut lelaki berusia 35 tahun itu.

Secara keseluruha­n, ada 233 barangan ditemukan di dalam perut mangsa, lapor

Mirror UK.

Terdahulu, mangsa mengadu sakit perut, dan abangnya, Burhan Demir, membawa lelaki itu untuk berjumpa doktor.

Selepas melakukan endoskopi dengan imbasan ultrabunyi dan X-ray, pakar bedah kemudian mengeluark­an semua barang berkenaan dari perut lelaki terbabit.

Seorang pakar bedah dikenali sebagai Dr Binici berkata, semasa pembedahan, pihaknya melihat bahawa satu atau dua paku sudah melepasi dinding perut.

“Kami melihat bahawa terdapat dua kepingan logam dan dua batu yang berbeza saiz di dalam usus besar.

“Kami mendapati terdapat bateri, magnet, paku, syiling, kepingan kaca dan skru. Kami membersihk­an perut lelaki itu sepenuhnya.

“Ia bukan situasi yang kita biasa lihat pada orang dewasa. Ia kebanyakan­nya berlaku pada zaman kanak-kanak apabila mereka tanpa sedar menelan benda asing,” katanya.

Beliau berkata, situasi ini boleh dilihat pada pesakit psikiatri, banduan atau kes penderaan dalam kumpulan umur dewasa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia