Harian Metro

Shello tidak sabar sambung latihan

-

Kuala Lumpur: Selepas tamat tugasan di Piala Asia dan diberikan rehat selama sebulan, pemain hoki negara, Shello Silverius mengakui tidak sabar menyambung latihan bersama skuad kebangsaan yang dijangka minggu depan.

Menurut pemain kelahiran Sabah itu, mereka mempunyai misi lebih penting kali ini iaitu mempersiap­kan diri untuk beraksi di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswa­r, India.

“Secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan prestasi pasukan terutama selepas layak ke Piala Dunia dan muncul naib juara Piala Asia.

“Bagaimanap­un untuk diri sendiri, saya perlu memperting­katkan ketajaman dalam menyudahka­n peluang menjaringk­an gol.

“Banyak saya pelajari di Piala Asia di Indonesia tempoh hari dan saya bertekad akan berusaha lebih keras lagi menjelang kejohanan lain pada masa akan datang,” kata pemain berulatiha­n," sia 23 tahun itu.

Ditanya mengenai tahap kecergasan pasukan terutama selepas mengharung­i saingan sengit sehingga ke peringkat akhir Piala Asia yang berlangsun­g di Jakarta, Shello mengakui secara keseluruha­n semuanya berada dalam keadaan baik.

“Bagi saya tahap kecergasan kita dalam keadaan baik dan teratur dan saya akan menyambung semula latihan bermula aspek kecergasan bersama jurulatih, Tom Drowley.

“Jurulatih kecergasan (Drowley) adalah seorang individu yang bagus dan saya senang berkomunik­asi dengannya sepanjang kata penyerang itu.

Shello mengakui sebagai antara pemain muda dalam pasukan, dia tidak kekok untuk bersaing secara sihat dengan tonggak senior dan perkara itu sentiasa diterapkan dalam latihan serta ketika menyertai kejohanan.

“Apapun segala kesilapan atau perlu penambahba­ikan kita akan bincang dan selesaikan secara bersama-sama. Bagi saya tiada masalah dalam keserasian antara pemain junior dan senior. Pemain senior banyak membantu saya dalam setiap perlawanan," katanya.

 ?? ?? SHELLO berpuas hati dengan prestasi pasukan selepas layak ke Piala Dunia.
SHELLO berpuas hati dengan prestasi pasukan selepas layak ke Piala Dunia.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia