Harian Metro

Jasa Ronnie sentiasa dikenang

-

Kuala Lumpur: Keluarga Malaysia akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbana­n mendiang Ronnie Ignatius Theseira (gambar) dalam sukan lawan pedang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, semalam, Ismail Sabri berkata, negara kehilangan seorang legenda yang dihormati dalam sukan lawan pedang negara berikutan pemergian Ronnie, Sabtu lalu.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga atlet Olimpik Tokyo 1964 itu dan berharap mereka terus tabah menghadapi dugaan ini,” kata Ismail Sabri.

Ronnie, 92, yang membantu memperkena­lkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar 1950-an, meninggal dunia akibat sakit tua.

Mendiang yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo adalah pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia selain pernah melatih kebanyakan bekas atlet negara pada era 1970-an dan 1980-an.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia