Harian Metro

Terbuka Malaysia kini berstatus Super 1000

Nurul Izzah lakar sejarah baharu sukan berbasikal negara

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Pelumba trek wanita negara yang sedang meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak menjangka dapat meraih emas acara 500 meter (m) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, kelmarin.

Pelumba kelahiran Kedah itu mengakui terkejut apabila mencipta sejarah meraih emas sulung dalam acara berkenaan selepas menamatkan kayuhan di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi.

“Selepas melihat catatan masa pelumba lain, barulah saya tahu tahap kemampuan sendiri. Alhamdulil­lah, sebenarnya saya boleh buat (yang terbaik dan meraih emas).

“Saya berpuas hati dengan kejayaan ini, namun masih banyak perlu diperbaiki supaya mampu memberi kayuhan lebih pantas. Saya masih sedikit terkejut dan tidak percaya dengan kejayaan yang diraih ini.

“Apapun saya berterima kasih dan berasa bangga menjadi pelumba pertama meraih emas acara ini di ACC,” kata Izzah yang turut beraksi dalam acara pecut, pecut berpasukan (bersama Anis Amira Rosidi) dan keirin.

Kejayaan pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan penantian negara dalam acara 500m ujian masa di

ACC dengan pencapaian terbaik adalah perak melalui Fatehah Mustapa pada 2008 dan 2015.

Kelmarin, Izzah beraksi cemerlang apabila mencatat masa 35.499 saat (s) dan mencapai kelajuan tertinggi 50.705 kilometer sejam untuk mengetepik­an Kim Bomi dari Korea Selatan di kedudukan kedua (36.374s).

Tempat ketiga diraih wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj dengan catatan 36.481s, sekali gus menamatkan penantian pingat India untuk acara 500m ujian masa wanita.

Bulan lalu Izzah melakar kejutan apabila menumpaska­n Anis Amira untuk meraih emas dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom

Nasional Nilai.

Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley ternyata berpuas hati dengan pencapaian Izzah dan pujian harus diberikan kepada jurulatih Kedah, Noor Alfizar Othman dan bukannya kepada dirinya.

“Beliau melaksanak­an tugas dengan baik, kami semua gembira sekarang ini beliau menjadi sebahagian daripada pasukan kejurulati­han dan mempunyai ramai lagi pelumba berbakat besar.

“Ia sangat bagus mempunyai jurulatih seperti Noor Alfizar yang melahirkan pelumba seperti Izzah walaupun tidak mempunyai kemudahan velodrom,” katanya.

Kuala Lumpur: Status Super 1000 diberikan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) untuk Terbuka Malaysia, mulai tahun depan, boleh diibaratka­n sebagai ‘hadiah’ kepada pemain, penggiat dan peminat badminton di negara ini.

Perkara itu diakui Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (gambar) yang ternyata bangga dan terharu apabila Terbuka Malaysia menjadi kejohanan peringkat teratas dalam kalendar Jelajah Dunia BWF mulai tahun depan hingga 2026.

“Saya rasa ia satu perkara sangat membanggak­an buat pemain dan peminat badminton di dalam negara kita. Ini satu pengiktira­fan sangat tinggi mengangkat Terbuka Malaysia sama tahap dengan Seluruh England, Terbuka China dan Indonesia.

“Pengiktira­fan ini sangat besar dan menunjukka­n mereka (BWF) melihat Malaysia adalah sebuah negara cukup lengkap dalam sukan badminton,” katanya yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Ujar Norza, dengan pengiktira­fan itu, BWF memperakui BAM adalah satu organisasi yang bertaraf dunia, sekali gus dapat menaikkan semangat warga badminton di Malaysia.

“Warga badminton di Malaysia termasuk penggiat, pemain dan peminat harus terus bekerja untuk menaikkan badminton ke peringkat lebih tinggi," katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia