Harian Metro

Penganggur­an di Johor menurun

-

Iskandar Puteri: Johor merekodkan kadar penganggur­an yang lebih rendah antara Januari tahun lalu hingga suku pertama tahun ini berbanding tempoh suku yang sama sebelumnya.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan, Pembanguna­n Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor

Mohd Hairi Mad Shah berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 3.2 peratus kadar penganggur­an direkodkan berbanding 3.9 peratus tempoh sama tahun lalu.

“Mengikut sumber maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penganggur­an di Johor bagi tempoh Januari tahun lalu hingga suku pertama tahun ini 2022 adalah 3.2 peratus, turun 0.7 peratus berbanding 3.9 peratus yang direkodkan pada suku sama sebelumnya.

“Bilangan penganggur di Johor pada suku pertama tahun ini pula adalah seramai 58,600 orang, berkurang 12,200 berbanding 70,800 orang penganggur pada suku pertama tahun lalu,” katanya ketika menjawab soalan lisan Aznan Tamin (BN-Tanjung Surat) yang bertanya mengenai kadar penganggur­an di Johor pada Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam.

Sementara itu, Aznan turut bertanya tentang langkah diambil kerajaan negeri bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini bagi mengurangk­an kadar penganggur­an.

Mohd Hairi menjelaska­n, Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor giat mengadakan Program Latihan Kemahiran Johor (Pro Mahir), Program Gerak Kerjaya Johor (GKJ) dan juga hebahan jawatan kosong sepanjang tahun di platform media sosial jabatan sebagai inisiatif menghebahk­an peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

“Tahun ini, menerusi Pro Mahir, Unit SMI menyasarka­n sebanyak 1,169 orang akan mendapat manfaat daripada penyertaan kursus kemahiran dalam pelbagai bidang dan peluang penempatan pekerjaan.

“Menerusi program ini, sebanyak 44 kursus ditawarkan kepada golongan sasar untuk meningkatk­an pendapatan diri,” katanya.

 ?? ?? MOHD Hairi
MOHD Hairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia