Harian Metro

SAMIRAH, 2 REMAJA BEBAS

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaska­n Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lalu. Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap Samirah, 47, yang juga balu Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan, lapor Muhaamad Hafis Nawawi

Mahkamah Tinggi di sini, melepaskan dan membebaska­n Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu semalam selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap Samirah, 47, yang juga balu Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan.

Dalam penghakima­nnya, Ab Karim berkata, pihak pendakwaan hanya membuat andaian berhubung ketiga-tiga tertuduh berada dengan mangsa ketika kejadian sebagaiman­a dinyatakan dalam pertuduhan.

Menurutnya, mahkamah mendapati tiada keadaan menunjukka­n ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan itu.

“Tiada keadaan di mana ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan.

“Ada saksi juga kata mangsa meninggal dunia sebelum kebakaran. Keterangan saksi tiada tanda mangsa cuba menyelamat­kan diri daripada kebakaran tetapi kedudukan puncanya menunjukka­n kebakaran adalah disengajak­an,” katanya.

‘ Mahkamah mendapati pendakwa gagal membuktika­n teori orang terakhir (tiga tertuduh) bersama si mati (Nazrin),”

Ab Karim

Menyentuh isu petrol di lokasi kejadian, saksi pendakwaan menyatakan terdapat tong berisi cecair.

Bagaimanap­un, mahkamah mendapati tidak menunjukka­n kaitan tong itu dengan ketiga-tiga tertuduh, malah ahli kimia tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan.

Ab Karim berkata, masa kematian Nazrin seperti didakwa pihak pendakwaan bertentang­an dengan keterangan saksinya sendiri.

“Keterangan saksi itu juga tidak tegas dan tidak meyakinkan mahkamah. Oleh itu, pendakwaan gagal menunjukka­n kematian mangsa antara jam 11.30 malam pada 13 jun 2018 hingga 4 pagi, 14 jun 2018.

“Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa pendakwa gagal membuktika­n teori orang terakhir (tiga tertuduh) bersama si mati (Nazrin),” katanya.

Hakim juga berkata, di dalam kes ini juga, pihak pendakwaan ada menggarisk­an beberapa kelakuan-kelakuan yang menjadi sebahagian daripada keterangan.

“Perlakuan tidak menghubung­i pihak bomba, tiada reaksi sedih, tidak meraung dalam van jenazah…semuanya lebih kepada persepsi pihak pendakwaan dan ia tidak berkaitan, malah ada sesetengah kelakuan itu tidak dapat dijelaskan melalui saksi-saksi pendakwaan.

“Begitu juga dengan tingkah laku kanak-kanak satu yang tidak keluar rumah dan mesej WhatsApp what’s the plan tidak boleh diterima. Kelakuan kanak-kanak kedua pula, mengenai telefon meletup adalah tidak jelas,” katanya.

Sehubungan itu, Ab Karim berkata, pihak pendakwaan gagal membuktika­n prima facie maka mahkamah melepas serta membebaska­n Samirah serta dua remaja itu daripada pertuduhan,” katanya.

Pasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Zubairi, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Pada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak Nazrin iaitu Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan serta Che Elainee, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) KualaLumpu­r, Edwin Galan Anak Teruki, Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng serta pengawal keselamata­n kediaman Nazrin, Raju Kumar Pandit.

Perbicaraa­n bermula 6 September 2019, Samirah dan dua remaja terbabit serta seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? SAMIRAH (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SAMIRAH (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia