Harian Metro

Keluarga mahu fail rayuan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

‘ Ada dua peringkat lagi iaitu rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n bagi kes ini. Namun, kami berpendiri­an untuk kekal menang” Muhammad Shafee

“Kita akan memohon pendakwaan memfailkan rayuan berhubung keputusan ini demi keadilan mangsa. Insya-Allah, kebenaran akan timbul. Kami berdoa,” kata Abdul Aziz Hassan, 62.

Abdul Aziz yang juga abang kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan berkata, pihaknya akan memohon pihak pendakwaan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaska­n Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Nazrin.

Abdul Aziz berkata, dia tetap bersyukur walaupun kes itu tidak berpihak kepada keluargany­a.

Menurutnya, pendakwaan perlu memfailkan rayuan berhubung keputusan itu demi keadilan mangsa.

“Tidak timbul isu tidak puas hati berhubung keputusan itu sebaliknya pihak keluarga menerima takdir dan mahu usaha disambung mencari keadilan.

“Hal ini kerana kes itu bukan senang sebab tiada siapa nampak dan tiba-tiba mati (Nazrin). Jadi kena teruskan mencari kebenaran,” katanya.

Menurutnya, mereka juga akan memfailkan prosiding inkues sekiranya pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan keputusan itu.

“Jika mereka tidak failkan rayuan, saya akan mohon inkues bagi mengetahui kematianny­a. Buat ketika ini, kita biarkan proses berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pihak pembelaan memaklumka­n tiada halangan sekiranya permohonan rayuan dilakukan berhubung kes anak guamnya itu.

“Ada dua peringkat lagi iaitu rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n bagi kes ini.

“Namun, kami berpendiri­an untuk kekal menang,” katanya.

Sementara itu, Samirah ketika ditemui media enggan ditemu bual.

Difahamkan, pasukan pendakwaan akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum membuat keputusan sama ada merayu atau sebaliknya terhadap keputusan mahkamah yang memerintah Samirah dan dua remaja dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Nazrin.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia