Harian Metro

Dipenjara 14 hari terima suapan RM5,000

-

Seremban: Bekas penyelia tapak sebuah syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam, atas pertuduhan menerima rasuah RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mengesahka­n dokumen berkaitan pemeriksaa­n tapak binaan, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zakiuddin Ridzuan, 38, dijatuhi hukuman penjara 14 hari bermula tarikh jatuh hukum dan didenda RM25,000.

Jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama enam bulan.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Rushan Lutfi Mohamed selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Menurut pertuduhan, Mohd Zakiuddin secara rasuah menerima suapan RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk mengesahka­n dokumen ‘Request For Inspection’ (RFI) yang disediakan sebuah syarikat bagi kerja pembinaan struktur saliran di Projek Pembanguna­n Kompleks Sukan Rembau.

 ?? ?? MOHD Zakiuddin dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban.
MOHD Zakiuddin dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia