Harian Metro

‘Syukur jemaah sudah selesai solat’

Serpihan batu seberat 2kg jatuh di ruang saf belakang masjid

- Oleh Nuraliawat­i Sabri am@hmetro.com.my

“Saya tidak dapat bayangkan jika serpihan batu dianggarka­n seberat kira-kira dua kilogram (kg) itu jatuh dan menghempap kepala jemaah. Mujurlah semuanya selamat,” itu kata Timbalan Pengerusi Masjid Serkam Pantai, Zakaria Abu Bakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, semalam, puncak menara azan masjid berusia 169 tahun itu mengalami kerosakan selepas disambar petir hingga menyebabka­n beberapa bumbung dan binaan atas masjid rosak.

Menurut Zakaria, ketika kejadian kira-kira 30 jemaah masjid itu baru selesai mengerjaka­n solat Subuh dan kebanyakan berada di ruang luar untuk pulang.

“Ketika sedang bersolat, cuaca hujan lebat. Selepas wirid, jemaah mahu pulang segera sebelum terdengar bunyi dentuman petir sebelum lampu terpadam mendadak.

“Saya bersama beberapa lagi jemaah menyuluh lampu sebelum melihat serpihan batu jatuh di atas permaidani masjid,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak

menyangka menara azan itu terkena panahan petir kerana kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku terhadap masjid berusia lebih seratus tahun itu.

“Serpihan batu itu jatuh di saf belakang. Saya bersyukur sangat kerana ketika itu kami semua sudah selesai berjemaah.

“Selain puncak menara masjid, lebih 10 keping atap turut rosak selain sebuah kenderaan jemaah turut mengalami kerosakan pada bahagian cermin akibat terkena serpihan batu.

“Disebabkan ini masjid warisan, tindakan lanjut dan penyelengg­araan hanya dapat dilakukan dengan pemantauan pihak Jabatan Warisan dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

“Namun begitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah datang melakukan pemeriksaa­n,” katanya.

‘ Serpihan batu itu jatuh di saf belakang. Saya bersyukur sangat kerana ketika itu kami semua sudah selesai berjemaah” Zakaria Abu Bakar

 ?? ?? SERPIHAN batu yang jatuh dalam ruang solat utama Masjid Serkam Pantai.
KEADAAN puncak menara azan Masjid Serkam Pantai yang rosak dipanah petir.
SERPIHAN batu yang jatuh dalam ruang solat utama Masjid Serkam Pantai. KEADAAN puncak menara azan Masjid Serkam Pantai yang rosak dipanah petir.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia