Harian Metro

JKM cari waris bayi ditinggal depan kedai

-

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) giat mengesan ibu kandung bayi perempuan yang ditinggalk­an di bangunan rumah kedai di Suria 7, Bandar Seri Alam pada April lalu.

Pegawai JKM Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, seorang lelaki berusia 66 tahun menemukan bayi berusia 30 hari itu yang ditinggalk­an tanpa sebarang dokumen di bangunan terbabit.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan polis pada 28 April lalu, warga emas berkenaan tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan ibu kandung mahupun waris bayi berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini, tiada pihak yang tampil sebagai waris bayi.

“JKM merujuk bayi berkenaan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Dia didapati tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan selain hingga kini beberapa pasangan suami isteri juga menunjukka­n minat menjadi keluarga pelihara.

“JKM berharap ibu kandung mahupun waris bayi berkenaan tampil bagi membincang­kan masa depannya,” katanya.

Adnan berkata, bayi berkenaan yang kini dianggarka­n berusia hampir tiga bulan dinamakan sebagai Imsha.

“Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubung­i pelindung kanak-kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606,” katanya menerusi siaran media.

 ?? ?? BAYI perempuan ditemukan di bangunan rumah kedai di Bandar Seri Alam, Masai.
BAYI perempuan ditemukan di bangunan rumah kedai di Bandar Seri Alam, Masai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia