Harian Metro

Remaja lari ditemui di rumah bapa saudara

-

Kuantan: Empat remaja lelaki, termasuk tiga beradik yang melarikan diri dari rumah anak yatim ditemukan di rumah bapa saudara seorang daripada mereka di Kampung Kempadang di sini, jam 10 malam semalam.

Terdahulu, keempat-empatnya melarikan diri daripada sebuah rumah anak yatim awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu pada kenyataan semalam berkata, mereka ditemukan selamat.

“Remaja berusia 13 dan 15 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarka­n laporan, kehilangan mereka hanya disedari apabila penyelia asrama berusia 35 tahun dimaklumka­n penghuni lain jam 12.30 tengah malam.

Mereka dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang asrama dan kesemuanya menetap di rumah berkenaan antara satu hingga dua tahun.

Mereka juga dipercayai melarikan diri kerana tidak berpuas hati dengan penyelia yang melarang menggunaka­n telefon bimbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia