Harian Metro

Tidur atas kerusi roda

Wanita hidap penyakit kanser hati tahap empat sukar berbaring

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Seorang wanita mendakwa terpaksa tidur dalam keadaan duduk di atas kerusi roda sejak lebih seminggu lalu akibat mengalami kesukaran bernafas selepas disahkan menghidap penyakit kanser hati tahap empat.

Rohaida Abdullah, 33, dari Kampung Bukit Batu, Gual Ipoh, di sini, berkata ini kerana dia akan mengalami masalah pernafasan jika tidur dalam keadaan berbaring.

Menurutnya, dia merindui kehidupan normal sebelum ini seperti mengemas rumah dan memasak, namun penyakit kanser yang dihidapi menyebabka­nnya hanya mampu duduk di atas kerusi roda selain perlu memakai lampin pakai buang.

“Sebelum ini, saya hanya mempunyai penyakit kencing manis dan sudah menjadi rutin bulanan untuk berulang-alik ke Hospital Gual Ipoh bagi menghadiri janji temu kesihatan.

“Namun, saya tidak menyangka keputusan ujian sampel darah yang diambil oleh doktor beberapa bulan lalu mengesahka­n saya menghidap penyakit kanser hati tahap empat.

“Pada ketika itu, dunia saya bagaikan gelap kerana memikirkan nasib dua anak yang masih kecil, namun saya perlu kuat demi mereka dan suami, Mohamad Akimin Shafie, 42, menjadi penguat semangat menghadapi hari-hari mendatang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Ibu kepada dua anak berusia empat dan lapan tahun itu berkata, suaminya banyak membantu menguruska­n kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah sebelum keluar bekerja.

“Suami hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sekitar RM300 sebulan dan ada kalanya terpaksa berhutang dengan majikan jika terdesak terutama untuk membeli ubat-ubatan saya.

“Ketika saya dimasukkan ke dalam wad selama seminggu pada 4 Jun lalu, suami terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada saudara terdekat untuk membayar bil hospital,” katanya.

Katanya, anak sulungnya yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal mendapat bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali gus dapat meringanka­n beban.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n sumbangan oleh menghubung­i Rohaida di talian 017-3437292.

Wanita dakwa alami masalah pernafasan jika tidur dalam keadaan berbaring

 ?? ?? ROHAIDA yang menghidap penyakit kanser hati tahap empat terpaksa tidur dalam keadaan duduk di atas kerusi roda.
ROHAIDA yang menghidap penyakit kanser hati tahap empat terpaksa tidur dalam keadaan duduk di atas kerusi roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia