Harian Metro

Pengecuali­an sewa kantin, premis dalam sekolah dilanjutka­n

-

Kuala Lumpur: Pengecuali­an sewaan kantin dan premis dalam sekolah di bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) dilanjutka­n enam bulan lagi bermula 1 Julai sehingga 31 Disember, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, pelanjutan dibuat selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa serta memahami pengusaha kantin dan penyewa premis dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

“Tempoh dua tahun satu tempoh sukar bagi pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM.

“KPM yakin pelanjutan enam bulan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM serta memberi manfaat kepada warga sekolah,” katanya.

Radzi turut berharap keputusan melanjutka­n pengecuali­an itu dapat memberi kelegaan buat pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah bawah KPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia