Harian Metro

Suspek didakwa di wad hospital

-

Jempol: Seorang lelaki yang dituduh mencederak­an anaknya menggunaka­n kerusi plastik menjalani proses pertuduhan di wad Hospital Jempol di sini, semalam berikutan sedang menjalani rawatan sakit jantung.

Tertuduh, S Mahendran, 49, bagaimanap­un tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Seysen Kuala Pilah, Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada jam 8.10 malam 17 Jun lalu, dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap M Yevaanesh, 10, dengan menggunaka­n tiga kerusi plastik berwarna merah yang disusun rapat.

Kejadian itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Satelite, di sini.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Norma kemudian menetapkan 25 Julai depan bagi sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan namun mahkamah membenarka­n jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan untuk tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwaan Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? ?? SUSPEK menjalani rawatan sakit jantung di hospital Jempol.
SUSPEK menjalani rawatan sakit jantung di hospital Jempol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia