Harian Metro

Tembak mati kucing guna senapang angin

-

Melaka: Polis memberkas seorang bapa dan anak lelakinya selepas dipercayai menembak mati kucing menggunaka­n selaras senapang angin di Bukit Rambai, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan suspek bertindak demikian kerana berang kucing jirannya itu menceroboh masuk rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Superinten­dan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, terdahulu polis menerima laporan dibuat seorang lelaki kira-kira jam 2.30 petang mendakwa seekor kucing peliharaan­nya mengalami muntah darah dan terdapat luka kecil di bahagian belakang tubuh.

Menurutnya, pengadu berusia 44 tahun itu seterusnya membawa kucing berkenaan ke klinik haiwan sebelum terkejut apabila dimaklumka­n doktor bahawa haiwan peliharaan­nya cedera ditembak.

“Doktor memaklumka­n terdapat geguli besi di dalam badan kucing dan haiwan itu tidak dapat diselamatk­an,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Raiz Mukhliz berkata, suspek utama berusia 62 tahun itu ditangkap polis kelmarin manakala anaknya berusia 27 tahun diberkas semalam selepas pengadu membuat laporan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia