Harian Metro

Suspek disyaki bawa mangsa ambil bekalan

-

“Polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun

Muhamad Zaki

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampeth­amine dalam badan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya di dalam kenderaan milik suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berkemungk­inan besar ditinggalk­an oleh suspek berusia 30 tahun dalam kereta Proton Saga selepas mendapatka­n bekalan dadah itu.

“Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaann­ya dan siasatan awal menunjukka­n ada kemungkina­n mangsa ditinggalk­an dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.

“Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Muhamad Zaki, Datin Suzana Yashin yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan.

Muhamad Zaki berkata, berdasarka­n maklumat awal, suspek yang mempunyai talian persaudara­an dengan mangsa sudah beberapa kali membawa keluar kanak-kanak itu, namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa ‘port’ dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia