Harian Metro

Pemandu lori sampah dijel 5 tahun noda kekasih OKU

-

Kota Bharu: Seorang pemandu lori sampah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merogol kekasihnya yang juga remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajar­an pada awal bulan ini.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 27 mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tiga bulan (ketika kejadian) di sebuah rumah di Bunut Payong, di sini, jam 2 pagi pada 2 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Berdasarka­n fakta kes, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa, 40, jam 7.10 malam pada 11 Jun lalu selepas mendapati anak perempuann­ya masih tidak pulang selepas keluar rumah sebelum remaja itu dihantar pulang oleh seorang wanita tidak dikenali.

Remaja itu memaklumka­n kepada ibunya bahawa dia ditinggalk­an di lorong di Paya Senang, di sini, dan ibunya kemudian membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaa­n kerana mengesyaki mangsa dirogol.

Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu melakukan ‘hubungan’ dengan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalna

Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kerana turut membabitka­n mangsa kanak-kanak di bawah umur, sebelum lelaki itu memohon dijatuhi hukuman ringan.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kepada tertuduh.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Bunut Payong

 ?? ?? TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia