Harian Metro

Lima sahabat berdepan penjara seumur hidup

-

Melaka: Lima sahabat termasuk tiga wanita berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam, atas tuduhan memiliki dadah methamphet­amine.

Tertuduh, Muhammad Fikri Borhan, 29, Muhammad Izzuddin Nordin, 24, Noor Anis Syahirah Azmy, 26, Nurul Aliah Maisarah Rashidi, 19, dan Khairul Bariyah Zulkernaie­n, 21, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah seberat 35.48 gram di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Murni, Taman Bukit Beruang Utama di sini, pada jam 11 malam, pada 9 April lalu.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sebat minimum 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan dipertuduh­kan tidak boleh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 19 Julai depan untuk serahan dokumen.

Sementara itu, pada prosiding berasingan di Mahkamah Majistret semua tertuduh turut mengaku tidak bersalah memiliki dadah methamphet­amine seberat 0.30 gram pada masa, tarikh dan di tempat sama.

Bagi kesalahan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia