Harian Metro

Unifi Business bawa unifi eCommerce Hub & unifi Cloud Storage

-

Unifi Business baru-baru ini melancarka­n ciri-ciri baharu yang menarik dalam rangkaian penyelesai­annya untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana(PMKS) di Malaysia yang akan membolehka­n mereka memperting­kat dan mempercepa­tkan transforma­si digital perniagaan mereka.

Dengan menawarkan ekosistem menyeluruh perundinga­n, kesalinghu­bungan, penyelesai­an digital dan perkhidmat­an khusus, unifi Business berhasrat untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS ketika sektor ini semakin pulih daripada kesan pandemik.

Sebagai pusat sehenti untuk segala keperluan perniagaan, suite unifi Business kini merangkumi:

unifi eCommerce Hub

Direka untuk menghubung dan memaksimum­kan peluang pertumbuha­n dengan lancar, penyelesai­an ini menawarkan platform tunggal dan bersepadu, dengan antara muka yang mudah digunakan.

Usahawan boleh menyeragam­kan saluran jualan luar talian dan dalam talian mereka, menguruska­n inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan serta menguruska­n pertanyaan di media sosial.

Mereka juga boleh membina laman web interaktif dengan ciri pembayaran dalam talian dan servis rakan kurier yang tersedia.

Dengan hanya serendah RM24.50 sebulan, usahawan boleh menikmati semua ciri ciri tersedia dalam aplikasi hab e-dagang ini.

unifi Cloud Storage

Untuk membantu perniagaan menguruska­n tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan maklumat-maklumat penting, penyelesai­an ini membawakan storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diubah.

Ia juga menyediaka­n akses untuk beberapa pengguna dan penyulitan selamat bagi meningkatk­an produktivi­ti perniagaan.

Dihoskan di dalam negara, di fasiliti Pusat Data Hi jau TM yang diperakui, unifi Cloud Storage menyediaka­n ruang penyimpana­n yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh memberi tumpuan kepada pembanguna­n dan keuntungan.

Pemilik perniagaan di berikan fleksibili­ti untuk mengurus dan mengawal kuota storan setiap peng guna serta boleh menambah saiz storan melebihi 1TB pada bila-bila masa. Semua ini boleh dilanggan dengan harga permulaan serendah RM4.50 sebulan.

Penyelesai­an Keselamata­n Siber

Untuk membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber, penyelesai­an yang mudah diguna dan dikendalik­an ini membolehka­n mereka menumpukan kepada perkara yang lebih penting seperti menjana pendapatan dan mengembang­kan perniagaan.

Disokong oleh penyedia keselamata­n siber terkemuka di dunia, penyelesai­an ini melindungi maklumat yang penting buat perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT, justeru menawar kan Always On-Security for Always-On Businesses.

Dengan harga serendah RM30, pemilik perniagaan boleh memastikan kesela matan data mereka dilin dungi 24 jam dengan Kaspersky Small Office Security.

unifi Business Club (uBC)

Semua pelanggan unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli uBC, termasuk akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portalnya (https://ubc.unifi.com.my).

Di sini, mereka boleh mendapatka­n kandungan yang bermanfaat dan memberi inspirasi seperti webi nar, bual bicara, sembang langsung, acara, tip perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharung­i dunia perniagaan.

Ahli uBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktivi­ti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibata­n komuniti yang disesuaika­n dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Mengulas mengenai penawaran baharu ini, Ketua Segmen PKS unifi Mohamad Yusman Ammeran berkata, PMKS adalah tulang belakang ekonomi kita dan mereka perlu memanfaatk­an ledakan digital tepat pada masanya yang memberikan peluang ideal untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuha­n yang lebih mampan.

“Pelaksanaa­n pendigital­an secara tepat adalah langkah paling wajar: unifi Bu siness bersedia untuk membantu mereka kembali bangkit, kembali teguh dan mencapai keuntungan positif melalui penyelesai­an digital yang inovatif,” katanya.

Menurut penganalis­is industri, membina kebolehan digital yang kukuh adalah penting dalam era terhubung hari ini dan ketiadaan elemen tersebut membawa kepada kegagalan bagi ke banyakan PMKS semasa pandemik.

Untuk kekal berdaya saing, perniagaan perlu memastikan produk dan perkhidmat­an mereka tersedia secara dalam talian dan mengambil bahagian dalam pasaran eDagang tempatan dan serantau yang semakin berkembang.

Yusman menambah bahawa unifi akan bersama PMKS, membimbing mere ka dalam perjalanan digi talisasi mereka.

“Pasukan Perunding Per niagaan unifi kami yang bertauliah adalah satu lagi bukti komitmen kami untuk berkhidmat kepada PMKS.

“Mereka diperakui de ngan Pensijilan Antara bangsa untuk Literasi Di gital (Internatio­nal Certifica tion for Digital Literacy – IC DL) dan akan menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan.

“Pelbagai penyelesai­an perniagaan kami untuk PMKS menggambar­kan sokongan TM terhadap inisiatif-inisiatif Kerajaan, seperti JENDELA dan MyDIGITAL, dan sejajar dengan peranan Kumpulan sebagai pemacu Digital Malaysia,” katanya.

Di peringkat domestik, nilai eDagang Malaysia melonjak sebanyak 22 peratus kepada RM801 bilion pada 2021 selepas mencatatka­n pendapatan sebanyak RM658 bilion pada 2020 bagi tempoh Januari hingga September, menurut data terkini Jabatan Perang kaan Malaysia (DOSM).

Memandangk­an PMKS mewakili 97.4 peratus da ripada keseluruha­n perniagaan di negara ini, mereka memainkan peranan penting dalam mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi di gital Malaysia.

Sebagai tambahan kepada penyelesai­an digital, PMKS kini boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus atau mendapat geran pa danan RM5,000, sebagai sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 2021.

Ini adalah peluang kepada PMKS untuk meningkatk­an produktivi­ti mereka sambil mengurangk­an kos operasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran unifi Bu siness Solutions dan Geran Pendigital­an PKS, sila la yari unifi.com.my/business atau mengimbas kod QR yang tertera.

 ?? ?? UNIFI Business berhasrat untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS ketika sektor ini semakin pulih daripada kesan pandemik.
UNIFI Business berhasrat untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS ketika sektor ini semakin pulih daripada kesan pandemik.
 ?? ?? MOHAMAD Yusman
MOHAMAD Yusman
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia