Harian Metro

Lelaki mohon maaf atas keterlanju­ran

-

Kuala Lumpur: Lelaki dikenali Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang sebelum ini mempersend­a kematian artis versatil, Adibah Noor akhirnya memohon maaf di atas keterlanju­rannya.

Lelaki terbabit membuat permohonan maaf terbuka itu menerusi hantaran di Facebook (FB) Ibnu Ahmad Ar-Rayyan lll dipercayai akaun terbaharun­ya.

Selain membuat permohonan maaf, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatann­ya.

“Assalamual­aikum dan selamat sejahtera kepada semua. Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya serta peminat almarhum khasnya di atas komen saya di Harian Metro tempoh hari.

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya.

“Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga Roh Adibah Noor ditempatka­n di kalangan para solehin,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ibnu Ahmad Ar-Rayyan turut memaklumka­n semua akaun FB miliknya sebelum ini sudah disekat.

“Tak pasti dapat kembali atau tidak. Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf.

“Tolong ‘viralkan’ (tularkan) status saya,” katanya.

Sabtu lalu, negara digemparka­n dengan pemergian Adibah apabila beliau meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang pada jam 6.30 petang akibat kanser ovari tahap empat. Susulan itu, ramai individu menzahirka­n ucapan takziah dan kesedihan menerusi laman sosial termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanap­un, komen ditinggalk­an Ibnu Ahmad Ar-Rayyan di salah satu berita dimuat naik di FB Harian Metro antara yang mendapat perhatian kerana dianggap tidak sensitif dan keterlalua­n.

Komen itu sempat ditangkap layar oleh netizen yang kemudian menyebarka­nnya di laman sosial mereka.

Bukan setakat itu, gambar tidak berbaju dikongsika­n Ibnu Ahmad Ar-Rayyan di laman sosialnya turut disebarkan netizen yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan.

Komen Ibnu Ahmad Ar-Rayyan sempat ditangkap layar oleh netizen

 ?? ?? IBNU Ahmad Ar-Rayyan membuat permohonan maaf terbuka menerusi hantaran di FB.
IBNU Ahmad Ar-Rayyan membuat permohonan maaf terbuka menerusi hantaran di FB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia