Harian Metro

Selangor masih penyumbang kes tertinggi

-

Putrajaya: Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) minggu lalu menunjukka­n penurunan sebanyak 19.3 peratus atau 10,556 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 13,077 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi penyumbang terbesar dan mencatatka­n kes tertinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak 29,880 kes (28.1 peratus) setakat ini.

“Ia diikuti oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya 11,687 kes (11.0 peratus), Perak 10,938 kes (10.3 peratus), Johor 7,052 kes (6.6 peratus) dan Kelantan 6,532 kes (6.1 peratus),” katanya.

Mengulas mengenai situasi HFMD secara keseluruha­n sepanjang tahun ini, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 106,477 kes dilaporkan iaitu peningkata­n 39 kali ganda berbanding 2,710 kes tahun lalu.

“Jika dibandingk­an dengan 31,500 kes bagi tempoh yang sama pada 2019 (sebelum pandemik Covid-19), ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 3.4 kali ganda,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumka­n, kanak-kanak golongan paling ramai dijangkiti HFMD iaitu 95,175 (89 peratus) yang berusia enam tahun ke bawah, diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun seramai 9,183 kes (9 peratus).

“Berdasarka­n survelan jenis virus (enteroviru­s) penyebab HFMD di Malaysia, tiga virus utama menyebabka­n penularan HFMD dalam komuniti pada 2022 adalah Enteroviru­s 71

‘ Sebanyak 106,477 kes dilaporkan iaitu peningkata­n 39 kali ganda berbanding 2,710 kes tahun lalu” Dr Noor Hisham Abdullah

(EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16).

“Dua kes HFMD disahkan dijangkiti EV71 masih di bawah pemantauan rapi di Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalit­is).

“Sehingga kini, sebanyak 2,012 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri mencatatka­n kejadian wabak tertinggi iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 650 wabak (32.3 peratus), diikuti Sarawak 312 wabak (15.5 peratus) serta Selangor 252 wabak (12.5 peratus),” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan pra-sekolah iaitu 1,131 wabak (56 peratus) diikuti rumah persendiri­an 794 wabak (40 peratus) dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 57 wabak (3 peratus).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia