Harian Metro

226 pelajar asrama penuh dijangkiti

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Bukan sedikit jumlahnya apabila seramai 226 pelajar sekolah sekolah berasrama penuh di daerah Gombak disahkan dijangkiti penyakit Influenza A.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berhubung kewujudan kluster Influenza-Like-Illness (ILI), semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kluster itu mula dikesan di sekolah berkenaan pada 19 Jun lalu apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menerima notifikasi kes pertama dari fasiliti kesihatan swasta berhubung kejadian seorang pelajar positif dijangkiti Influenza A.

“Kes itu bermula apabila pelajar terbabit mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan pada 17 Jun lalu.

“Hasil siasatan lanjut oleh pihak PKD Gombak mendapati, terdapat satu lagi kes membabitka­n pelajar sekolah sama dimasukkan ke sebuah hospital swasta bagi menerima rawatan akibat jangkitan Influenza A.

“Siasatan mendapati secara keseluruha­n, terdapat sejumlah 226 pelajar mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak di mana enam pelajar disahkan positif jangkitan Influenza A dengan kadar serangan jangkitan 32.7 peratus,” katanya semalam.

Dr Sha’ari berkata, sehingga kini, seorang pelajar positif Influenza A sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil, manakala lain-lain pelajar dirawat sebagai pesakit luar.

“Pihak PKD turut menjalanka­n ujian Covid-19 ke atas sejumlah 69 pelajar bergejala dan mendapati kesemuanya negatif,” katanya.

Justeru itu, katanya,

PKD Gombak sudah mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan termasuk bekerjasam­a dengan pihak pentadbira­n sekolah bagi menjalanka­n aktiviti kawalan serta pencegahan penyakit berjangkit.

“Ini membabitka­n pengesanan dan pengasinga­n kes serta perawatan awal di sekolah dan mengesan kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut di hospital,

“Juga membantu pihak sekolah menjalanka­n aktiviti disinfeksi dan menjalanka­n aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan penularan kluster ILI,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, JKNS ingin menasihati orang ramai termasuk pentadbir institusi-institusi pendidikan, jagaan sama ada kerajaan mahupun swasta agar sentiasa mengamalka­n langkah kawalan kendiri.

“Antaranya mengamalka­n penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di kawasan-kawasan sesak selain menjaga kebersihan tangan, diri serta kawasan sekeliling.

“Orang ramai turut disaran tidak menghadirk­an diri ke tempat tumpuan awam, sekolah dan tempat kerja sekiranya bergejala. Segera dapatkan rawatan dan ujian berkaitan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya bergejala.

“Di samping itu, JKNS akan terus memantau situasi dan trend kejadian ILI di Selangor serta bekerjasam­a dengan pihak berkaitan bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan dijalankan sewajarnya,” katanya.

 ?? ?? DR Sha’ari
DR Sha’ari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia