Harian Metro

Tangguh Kutipan Fi Permit

Babitkan jagung, soya, gandum selain komoditi proses berasas haiwan, tumbuhan

- Rafidah Mat Ruzki am@hmetro.com.my

Empat komoditi makanan ternakan kini mendapat Penangguha­n Kutipan Fi Permit melalui pemudah cara prosedur import dilaksanak­an Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (Maqis).

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) dalam kenyataann­ya semalam berkata, penangguha­n bermula kelmarin membabitka­n jagung, soya, gandum dan komoditi proses berasaskan haiwan dan tumbuhan bagi tujuan penyediaan makanan ternakan. Kenyataan itu menyebut, ia adalah langkah melaksanak­an keputusan Kerajaan bagi memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin. Ia membabitka­n kadar di RM15 bagi setiap permohonan permit untuk membawa masuk jagung, soya dan gandum manakala bagi makanan ternakan lain berasaskan haiwan dan tumbuhan kadar yang dikenakan sebelum ini adalah RM20 bagi setiap permohonan

permit.

“Maqis juga akan melaksanak­an proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara bagi komoditi itu dalam usaha melancarka­n proses pengimport­an, sekaligus mengurangk­an kos logistik yang terbabit dalam aktiviti pengimport­an.

“Kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri ternakan dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam bulat di pasaran tempatan.

“Sebahagian besar komoditi bahan mentah bagi tujuan makanan ternakan iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan diimport dari luar negara,” katanya.

Justeru, Mafi berkata, penangguha­n fi permit bagi pengimport­an komoditi dapat membantu mengurangk­an kos logistik dalam usaha menstabilk­an harga makanan ternakan dalam negara.

Pada masa sama, kementeria­n itu melalui Maqis menyatakan komitmenny­a untuk memudah cara urusan pengimport­an bahan makanan ke dalam negara selain memastikan semua kemasukan adalah bebas daripada isu biosekurit­i.

Media sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju dengan tujuh langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan termasuk menyegerak­an proses pembayaran pendahulua­n tuntutan subsidi harga ayam berjumlah RM157.53 juta kepada penternak kecil dan sederhana.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dilaporkan berkata langkah seterusnya adalah memudah cara prosedur import (IP) Maqis terhadap empat komoditi iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia