Harian Metro

500 penyu karah mendarat, bertelur di pantai Melaka

-

Melaka: Bakal menyaingi Terengganu apabila purata antara 400 hingga 500 penyu karah direkodkan mendarat dan bertelur di pantai Melaka sepanjang tahun lalu.

Malah kelibat penyu karah semakin kerap dilihat bertelur di Pantai Padang Kemunting, Masjid Tanah di sini, membabitka­n 100 pendaratan haiwan dilindungi itu sepanjang 2021.

Susulan itu World Wildlife Fund-Malaysia (WWF-Malaysia) merayu kerajaan negeri segera mewartakan pantai Padang Kemunting sebagai pantai santuari penyu bagi membantu mengekalka­n penyu karah.

Pengurus Konservasi Penyu Semenanjun­g WWF-Malaysia, Lau Min Min berkata, langkah berkenaan penting bagi mengelakka­n penyu yang sering naik ke pantai berkenaan untuk bertelur pupus akibat kegiatan mengambil telur penyu oleh pihak tidak bertanggun­gjawab .

Selain itu, ia juga bertujuan memastikan penyu karah tetap memilih pantai berkenaan sebagai lokasi untuk bertelur, katanya.

Dia berkata, dengan pewartaan itu pelancong hanya dibenarkan berkelah di pantai berkenaan pada waktu siang dan tiada sesiapa dibenarkan berada di pantai itu pada waktu malam bagi memastikan penyu bebas naik dari laut untuk bertelur,” katanya.

Selain itu, WWF-Malaysia juga merayu Majlis Perbandara­n Alor Gajah (MPAG) bekerjasam­a dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menukar lampu jalan sedia ada kepada lampu jalan mesra penyu.

Katanya, lampu berkenaan membabitka­n kos yang tinggi kerana perlu diimport berikutan ketiadaan syarikat tempatan yang mengeluark­annya.

“Lampu ini terpaksa diimport berikutan lampu konvension­al sedia ada milik MPAG terlalu terang dan menakutkan penyu naik ke darat untuk bertelur,” katanya.

Dia berkata, langkah itu juga sejajar usaha menjadikan Pantai Padang Kemunting sebagai Kampung Mesra Penyu kerana kawasan itu adalah satu daripada lokasi pendaratan utama penyu karah.

Katanya, purata antara 400 hingga 500 sarang penyu karah dicatatkan di negeri ini setahun dan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) di Padang Kemunting yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu membantu mengekalka­n penyu karah.

Dia berkata, Pantai Padang Kemunting menyumbang 25 hingga 30 peratus daripada keseluruha­n pendaratan di negeri ini.

Kedua-dua cadangan itu bertujuan memastikan penyu karah tidak pupus berikutan amaran Senarai Merah oleh Internatio­nal Union for Conservati­on of Nature (IUCN) berpangkal­an di Switzerlan­d yang menyenarai­kan penyu berkenaan sebagai haiwan marin yang bakal pupus jika tiada usaha memulihara­nya.

Selain pantai Padang Kemunting, pantai lain di negeri ini yang mencatatka­n jumlah sarang penyu karah tinggi ialah Kem Terendak di Sungai Udang dan Tanjung Dahan, Tanjung Serai serta Meriam Patah di Kuala Sungai Baru, dekat sini.

 ?? ?? PENYU karah dilepaskan ke laut di pantai Padang Kemunting, dekat Masjid Tanah. - Gambar NSTP/HASSAN OMAR
PENYU karah dilepaskan ke laut di pantai Padang Kemunting, dekat Masjid Tanah. - Gambar NSTP/HASSAN OMAR
 ?? ?? PETUGAS di PKPP Padang Kemunting menanam telur penyu di PKPP, Padang Kemunting dekat Masjid Tanah.
PETUGAS di PKPP Padang Kemunting menanam telur penyu di PKPP, Padang Kemunting dekat Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia