Harian Metro

Measat-3d kembang liputan internet di kawasan pedalaman

-

Kuala Lumpur: Satelit Measat-3d akan dapat merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­ngan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Satelit Measat-3d akan mengembang­kan liputan internet berkelajua­n tinggi di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sambungan supaya mencapai 100 peratus kesalinghu­bungan Internet, sekali gus membolehka­n rakyat menikmati kemudahan internet dengan lebih baik.

“Dengan akses internet yang stabil dan pantas, Keluarga Malaysia boleh memperoleh pelbagai manfaat sosioekono­mi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajar­an digital,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Malaysia melalui syarikat Measat bakal melancarka­n Satelit Measat-3d di French Guiana, Amerika Selatan pada jam 6.03 petang, 22 Jun (jam 5.03 pagi, 23 Jun waktu di Malaysia).

Satelit Measat-3d adalah satelit kelapan yang akan dilancarka­n bertujuan meningkatk­an perkhidmat­an perhubunga­n kepada Malaysia dan negara serantau.

Annuar berkata, dengan pelancaran satelit itu, Malaysia juga dapat memperkuku­hkan kehadiran dalam era digital berteraska­n kepada teknologi talian tetap, mudah alih dan satelit tanpa meminggirk­an mana-mana kelompok rakyat di negara ini.

Beliau berkata, Malaysia

beraspiras­i menjadi sebuah negara berteknolo­gi tinggi dan ini terbukti dengan pelancaran tujuh satelit sejak satelit pertama, Measat 1 dilancarka­n pada 1996 yang merangkumi satelit komunikasi yang menawarkan perkhidmat­an penyiaran dan telekomuni­kasi, satelit penderiaan jauh serta aplikasi satelit lain melibatkan sektor penyelidik­an dan pembanguna­n industri teknologi angkasa. Katanya, dengan pelancaran Measat-3d, beberapa perkhidmat­an baharu melalui satelit berkenaan dijangka dapat ditawarkan seawal Ogos 2022. Menurutnya, penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi lain juga boleh menggunaka­n satelit berkenaan untuk menawarkan perkhidmat­an data, suara dan video kepada tiga hingga lima peratus populasi yang belum lagi diliputi oleh sambungan fiber atau jalur lebar tanpa wayar seperti yang ditawarkan Measat melalui perkhidmat­an jalur lebar satelit CONNECTme NOW.

Beliau berkata, satelit Measat-3d yang merupakan jenis Geostation­ary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampu­an untuk menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

Katanya, HTS adalah antara perkhidmat­an penting dalam penyediaan perkhidmat­an jalur lebar tinggi terutamany­a di kawasan pedalaman.

“Internet kelajuan tinggi akan ditambah baik daripada kelajuan muat turun 30 Mbps pada masa ini kepada 100 Mbps, yang membolehka­n penstriman kandungan tinggi data seperti video 4K/8K,” katanya.

“Malaysia beraspiras­i menjadi sebuah negara berteknolo­gi tinggi Annuar

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia