Harian Metro

Tambah 9 laluan baharu bas percuma

-

Iskandar Puteri: Kerajaan negeri akan menambah sembilan laluan baharu perkhidmat­an bas percuma, Bas Muafakat Johor (BMJ) bagi memperluas­kan liputan jaringan pengangkut­an awam negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raja, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah itu membabitka­n kos RM 3.84 juta.

“Satu daripada sembilan laluan baharu itu terletak kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

“Laluan bermula dari bandar Kota Tinggi ke Tanjung Sedili dengan cadangan kekerapan perjalanan empat kali sehari.

“Cadangan tambahan laluan baharu sudah dikemuka pada Mesyuarat Kerajaan Negeri tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan, Muszaide Makmor (BN-Sedili) berkaitan inisiatif perkhidmat­an kemudahan pengangkut­an awam pada sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail di sini, semalam. Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pasir berkata, cadangan bagi laluan tambahan lain BMJ masih dalam proses untuk dimuktamad­kan.

“Pihak Perbadanan Pengangkut­an Awam (PAJ) Johor akan menjalanka­n proses perolehan bagi melantik operator berkelayak­an untuk menjalanka­n operasi di laluan berkenaan jika proses memuktamad­kan klausa dengan kerajaan negeri telah selesai,” katanya. Perkhidmat­an Bas Muafakat Johor (BMJ) ialah bas percuma kepada warganegar­a Malaysia yang dilaksanak­an sejak 2016. Ia disediakan kerajaan negeri dengan 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit dan perkhidmat­an bas itu dikendalik­an PAJ.

 ?? ?? MUHAMAD Fazli
MUHAMAD Fazli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia